Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S20 FE kini rasmi – skrin 120Hz, SD865 pada harga RM 3,399

 

Samsung Galaxy S20 FE
Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy S20 Fan Edition (FE) yang akan mula ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia pada jam 10 pagi ini dengan harga penjualan RM 3,399.

Selepas penantian lama untuk telefon pintar Samsung dengan cipset Snapdragon, Samsung Galaxy S20 FE telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dengan sokongan 5G hasil pengunaan cipset Snapdragon 865.

Selain itu,  Galaxy S20 FE yang berharga RM 3,399 ini juga akan mempunyai kapasiti RAM yang tertinggi iaitu 8GB dengan storan dalaman 256GB.

Samsung Galaxy S20 FE hadir dengan skrin paparan Infinity-O Dynamic AMOLED FHD+ berukuran 6.5-inci namun yang lebih penting adalah skrin 120Hz yang meletakkanya setaraf dengan beberapa telefon pintar flaghsip lain dipasaran (terdapat sensor capjari terbina dalam skrin).

Pada bahagian belakang, Samsung Galaxy S20 FE disertakan dengan tetapan tri-kamera yang menampilkan dua sensor 12MP iaitu wide-angle dan ultra wide manakala sensor telefoto adalah 8MP yang menawarkan anda zoom optik 3x dan teknologi Space Zoom sehingga 30x. Kamera selfie adalah 32MP.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S20 FE juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy S20 FE juga akan memiliki sokongan pengecasan pantas tanpa wayar, wireless power share, pensijilan kalis air dan habuk IP68, Samsung Dex dan pembesar suara stereo AKG.

Samsung Galaxy S20 FE akan ditawarkan didalam 6 warna iaitu Cloud Red, Cloud Orange Cloud White, Cloud Mint, Cloud Navy dan Cloud Lavender.

Pra-tempahan Samsung Galaxy S20 FE akan dibuka jam 10 pagi dan setiap pembelian juga akan menerima hadiah percuma bernilai 568 iaitu Samsung UV Steriliser, bekas Standing Cover berwarna jernih dan 1 jaminan waranti skrin retak.

Pra-tempahan boleh dibuat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.