Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Nando’s Malaysia kini tersedia didalam HUAWEI AppGallery

Nandos app huawei appgallery
Berita baik kepada peminat Nando’s, anda kini sudah boleh mula memuat turun aplikasi Nando’s yang telah tersedia di stor aplikasi ketiga terbesar dunia iaitu HUAWEI AppGallery.

Dengan beberapa langkah mudah, anda kini sudah boleh mendapatkan aplikasi rasmi Nando’s pada telefon pintar HUAWEI anda.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan aplikasi Nando’s :

 1. Buka HUAWEI AppGallery

2. Taip ‘Nando’s Malaysia’

3. Klik ‘install’  

Dengan aplikasi Nando’s terbaru di HUAWEI AppGallery, anda kini sudah boleh mendaftar untuk program kesetiaan Nando’s dan mula mengump ‘Chillies’ untuk mendapat ganjaran serta menikmati promosi eksklusif.

Selain itu, aplikasi Nando’s juga boleh gunakan untuk memesan menu Nando’s kegemaran anda, mencari restoran Nando’s yang berdekatan, mengira kalori Nando’s dan banyak lagi.

Dengan penawaran aplikasi Nando’s Malaysia di HUAWEI AppGallery, ianya menyertai barisan aplikasi popular di Malaysia seperti Maybank2u, Zalora, TikTok, Lazada dan banyak lagi.

 Untuk maklumat lanjut, kunjungi  https://appgallery.huawei.com/#/Featured.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.