Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Khas realme Smart Scale Kembali Lagi – HANYA RM 99 PADA 7 DAN 8 NOVEMBER INI.

Penjualan Khas realme Smart Scale Kembali Lagi – HANYA RM 99 PADA 7 DAN 8 NOVEMBER INI.

Baru-baru ini realme Malaysia telah melakukan loncatan terbaru didalam usaha syarikat ini menawarkan ekosistem produk yang lebih komprehensif.

Selaras dengan slogan ‘Dare To Leap’, realme Malaysia  telah memasuki pasaran produk penjagaan diri dengan memperkenalkan realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush pada awal bulan ini.

Apa yang menarik, realme Malaysia telah memecah pelbagai rekod penjualan produk penjagaan diri pada penjualan pertama yang telah berlangsung secara eksklusif di Shopee.

realme Smart Scale telah dinobatkan sebagai penimbang pintar paling laris di Shopee bagi sepanjang tahun 2020 ( 1 Januari – 10 Oktober 2020).

Lebih-lebih lagi, realme Smart Scale juga terbukti amat popular di kalangan pengguna di Malaysia dengan penjualan pertama menyaksikan lebih 1,000 unit realme Smart Scale terjual didalam masa kurang dari 24 jam.

Selain itu, realme Smart Scale juga telah menerima pengiktirafan kedudukan Top 2 didalam kategori Produk Penjagaan Kesihatan yang terlaris pada penjualan pertama

Kesemua pencapaian diatas menjadi saksi kepada penerimaan produk penjagaan diri realme dan ini sudah pastinya akan memberikan syarikat ini motivasi tambahan untuk memperkenalkan lebih banyak produk penjagaan diri di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sebagai membalas sokongan tidak berbelah bahagi kepada produk penjagaan realme ini, syarikat ini telah mengumumkan satu lagi penjualan khas bagi realme Smart Scale pada 7 dan 8 November ini sahaja

realme Malaysia akan menawarkan realme Smart Scale pada harga RM 99 sahaja berbanding harga penjualan asal RM 149 di pengedar rasmi realme Malaysia Sunway Pyramid, The Mines, Sutera Mall, IOI City dan DirectD (PJ Federal).

realme Smart Scale

Penimbang realme Smart Scale dilengkapi Penganalisa BIA Bio-impedance Analisis yang menunjukkan samada otot seseorang mempunyai lebih banyak air berbanding lemak; Air merupakan konduktor elektrik dan Ini membolehkan sensor memberikan maklumat semasa dan pengiraan rintangan elektrik antara penimbang dan lemak.

realme Smart Scale juga terbukti mampu mengesan kadar lemak dengan tepat dan menunjukkan perbezaan antara lemak dan air kerana ianya mempunyai sensor berkepatan tinggi.

Sensor ini mempunyai margin kesilapan sekitar 50gram sahaja.

16 Jenis Pengukuran Kesihatan

realme Smart Scale mempunyai 16 jenis pengukuran kesihatan termasuk fungsi yang paling sering digunakan di pasaran seperti berat badan, kadar lemak, bentuk badan, jisim tulang, usia badan, metabolisma basal, kadar kelembapan, berat badan tanpa lemak, jisim otot, BMI, tahap lemak viseral, otot rangka, protein, jisim lemak, air, kadar otot, otot rangka dan degupan jantung.

Jangka Hayat Bateri 360-hari

Penimbang pintar realme ini juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 360-hari didalam mod standby yang bermaksud anda tidak perlu risau sering kehabisan bateri

Ianya beroperasi menggunakan 4 biji bateri AAA yang mampu bertahan hampir setahun.

Sambungan Bluetooth 5.0 membolehkan kadar keseluruhan operasi penimbang ini adalah dibawah 60mAh.

Mod Light Weight

realme Smart Scale juga dilengkapi mod Light Weight yang mampu menimbang berat antara 50 gram sehingga 9.99kg dengan tepat. Ini membolehkan anda menimbang berat haiwan peliharaan anda atau berat bagasi yang hendak dipos.

Selain itu, Smart Scale realme ini juga mempunyai fungsi untuk menimbang berat dengan berat minima 10 gram. 


realme Link App

realme Smart Scale juga boleh disambungkan kepada telefon pintar anda melalui aplikasi realme Link App yang menawarkan laporan menyeluruh dan anda juga boleh menyimpan seberapa banyak profil pengguna yang membolehkan realme Smart Scale digunakan oleh semua ahli keluarga (4 akaun realme Link).

realme Link App adalah aplikasi AIoT khas yang dibangunkan oleh realme untuk menghubungkan telefon pintar dengan produk AIoT keluaran syarikat ini.

Buat masa ini, aplikasi realme Link hanya tersedia untuk pengguna peranti Android sahaja.

Akhir sekali, penimbang realme Smart Scale ini adalah alat penjagaan diri yang patut ada didalam setiap kediaman kerana fungsinya yang amat menyeluruh selain harga penjualan yang amat berpatutan.

Dengan tawaran hebat seperti ini, anda pasti tidak mahu terlepas penjualan istimewa realme Smart Scale ini dan kalau takut terlupa, cepat-cepat lah tanda di kalendar korang atau buat tetapan peringatan pada telefon pintar.

Ingat ini adalah peluang terakhir untuk korang dapatkan realme Smart Scale pada harga mesra poket dibawah RM 100.

Penjualan akan bermula pada 7 November ini di platform e-dagang popular di Malaysia iaitu Shopee, oleh itu jangan tunggu lama-lama untuk buat pembelian kerana stok dijangka akan ‘disapu habis’ didalam masa beberapa jam sahaja.

Beli realme Smart Scale di stor rasmi realme di Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.