Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra umum kemaskini OTA bagi siri Jabra Elite 75t – memberikan pengguna ciri ANC secara percuma


Jabra Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Siri TWS Jabra Elite 75t akan menerima kemaskini perisian yang mengaktifkan ciri ANC (Active Noise Cancelling) secara percuma.

Ini menjadikan Jabra sebagai syarikat pertama dipasaran untuk menawarkan ANC pada produk sediada dipasaran melalui kemaskini OTA.


Selain itu, Jabra Malaysia juga telah mengesahkan bahawa mulai Oktober 2020, pembelian Siri TWS Jabra Elite 75t akan hadir siap dengan ciri ANC.

Berikut adalah harga penjualan Siri Jabra Elite 75t :

Elite 75t – Titanium Black & Gold Beige (RRP RM949)

Elite 75t WLC (wireless charging) – Black (RRP RM999)

Elite Active 75t – Dark Grey, Navy, Sienna & Mint (RRP RM999)

Elite Active 75t WLC (wireless charging) – Dark Grey (RRP RM1049)

Anda boleh mendapatkan produk Jabra di All IT Hypermarket, Harvey Norman,  Wakil penjual Jabra Malaysia, dan stor Jabra di Lazada dan Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.