Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

fon telinga wireless Jabra Elite 75t kini secara rasmi di Malaysia pada harga RM 949


Minggu ini kelihatan penuh dengan pelancaran earbuds tanpa wayar iaitu selepas pelancaran realme Buds Air, kini giliran Jabra pula memperkenalkan fon telinga tanpa wayar mereka yang terbaru iaitu Jabra Elite 75t.

Jabra elite 5t malaysia

Jabra Elite 75t menjanjikan reka bentuk yang tahan lama dan tidak mudah tercabut dengan pengalaman audio tanpa wayar yang optimum.

Jabra Elite 75t hadir dengan bateri yang mampu memberikan anda marathon muzik sehingga 7.5 jam namun dengan bekas pengecasan anda boleh menikmati sehingga 28 jam muzik iaitu hampir 90% lebih lama berbanding Jabra Elite 65t.

Jabra Elite 75t juga hadir dengan teknologi panggilan 4-mikrofon yang menawarkan fungsi pengurangan bunyi bising dan angin yang membolehkan pengguna menikmati kualiti panggilan yang lebih baik walaupun berada didalam persekitaran bunyi bising dan sibuk seperti di jalan raya mahupun stesen kereta api.

Selain itu, seperti kebanyakkan produk premium Jabra, Elite 75t juga hadir dengan sokongan bantuan suara Alexa, Siri atau Google Assistant melalui sambungan Bluetooth 5.0

Dengan memuaturun aplikasi Jabra Sound+, pengguna boleh memilih aplikasi pembantu suara serta mendengar muzik dengan penimbang mengikut citarasa tersendiri.

Fungsi HearThrough pula memudahkan memudahkan anda menetapkan jumlah bunyi luaran yang didengar, menyelaras panggilan yang dijawab/dibuat, mengawasi caj bateri dan banyak lagi.

Salah satu kelebihan Jabra Elite 75t adalah ianya menawarkan jaminan kalis air dan debu selama 2 tahun selain penggantian 1 untuk 1 apabila terdapat kerosakkan dari kilang.

Jabra Elite 75t akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Gold Beige (hanya ditawarkan mulai bulan Mac) dan Titanium Black pada harga penjualan RM 949.

Jabra Elite 75t kini boleh dibeli melalui pengedar sah produk Jabra Malaysia seperti All IT Hypermarket, Harvey Norman, Foto Shangri-La dan stor rasmi Jabra di LazMall.

Selain itu, Jabra Malaysia turut mengumumkan akan membawa masuk varian Jabra Elite 75t yang hadir pengecasan tanpa wayar , versi Jabra Elite Active 75t dan set kepala Jabra Elite 45h pada suku kedua 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.