Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem Bar Video Jabra PanaCast 50 kini rasmi di Malaysia – berharga RM 26,070

 

Jabra secara rasminya telah memperkenalkan Sistem Bar Video PanaCast 50 di Malaysia sebagai sebahagian daripada portfolio penyelesaian PanaCast 50 untuk bilik mesyuarat bersaiz kecil dan sederhana.

Sistem Bar Video Jabra PanaCast 50 ialah penyelesaian bersepadu yang merangkumi unit pengiraan berasaskan Android, serta System-on-a-Chip (SoC) terkini, pembesar suara, mikrofon, kamera video, dengan rangkaian dan paparan antaramuka untuk penggunaan segera.

Penyelesaiannya juga didatangkan dengan tablet berukuran 10.1 inci untuk menguruskan  mesyuarat dengan lancar dengan hanya beberapa klik sebelum memulakan perbincangan penting. Sistem ini secara semula jadinya menjalankan Microsoft Teams Rooms dengan selamat di Android atau Zoom Rooms.

Selain iti, portfolio yang lengkap memberikan pilihan penggunaan yang fleksibel dengan membawa pengalaman kerjasama terbaik sama ada penyelesaian bersepadu pada Android, modular pada Windows melalui Sistem Bilik PanaCast 50 dengan Lenovo dan Crestron atau, anda juga boleh membawa peranti anda sendiri (BYOD) untuk dipasangkan dengan PanaCast 50.

Pengalaman pertemuan tempat kerja hibrid terbaik

Sistem Bar Video PanaCast 50 menawarkan pengalaman pengguna berprestij, sama seperti dua penyelesaian lain dalam siri PanaCast.

Kapasiti Sistem Bar Video PanaCast 50 yang menyediakan medan pandangan 180° melalui liputan berbilang kamera Panoramic-4K di dalam bilik membolehkan liputan penuh setiap peserta mesyuarat.

Selain mempunyai empat pembesar suara stereo getaran sifar dan sejumlah lapan mikrofon gred profesional dengan pengesanan suara dan algoritma pintar, ia juga boleh mengenal pasti dan mengeluarkan sisa-sisa gema dan bunyi statik secara automatik. Sementara itu, peserta jarak jauh mungkin mendapati Pengalaman Bilik Mesyuarat Pintar (Intelligent Meeting Room Experiences), termasuk Pengarah Maya (Virtual Director), Zoom Pintar, dan Komposisi Dinamik, untuk menjadi pengalaman yang menarik bagi peserta.

Sistem Bar Video PanaCast 50 direka untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman Komunikasi Bersepadu (UC) yang sentiasa berkembang dan keperluan tempat kerja hibrid dengan platform yang dikuasakan oleh perisian Kecerdasan Buatan (AI).

Antara semua, pemasangan, pengurusan dan pengendalian Sistem Bar Video PanaCast 50 adalah yang termudah. Semua yang diperlukan untuk mesyuarat video disepadukan ke dalam Kawalan PanaCast, bermula dengan satu sentuhan tanpa memerlukan peranti tambahan dan membolehkan penggunaan dan pengurusan yang mudah, selamat dan berskala di mana-mana bilik bersaiz kecil dan sederhana.

Sistem Bar Video PanaCast 50 kini sedia ada di Malaysia pada harga RM26,070.00

Untuk ketahui dengan lebih lanjut atau ingin meminta untuk demo, sila lawati Laman Web Rasmi Jabra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.