Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C17 Malaysia – Quad-Kamera AI Dengan Mod Fotografi Malam Super Nightscape

realme C17 Malaysia – Quad-Kamera AI Dengan Mod Fotografi Malam Super Nightscape

realme, syarikat telefon pintar paling berkembang pesat di dunia kini kembali lagi satu lagi model telefon pintar trendsetting yang mungkin sukar disaingi di dalam segmen harganya.

realme C17, ahli keluarga baru didalam siri entry-level telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada harga RM 899 sahaja dan ianya boleh didapati secara eksklusif melalui pelan pasca-bayar Digi.

Apa yang menarik, realme C17 menjadi lambang kepada usaha realme untuk menawarkan lebih banyak teknologi flagship pada harga yang lebih berpatutan.

Selain skrin paparan 90Hz Ultra Smooth, realme C17 juga menawarkan pengguna teknologi Quad-Kamera.

Mod Nightscape 

Penawaran mod fotografi malam Nightscape telah meletakkan realme C17 sebagai telefon pintar dengan teknologi fotografi malam terbaik di dalam segmen.

Lebih-lebih lagi, algoritma mod nightscape akan mengambil beberapa gambar didalam pelbagai keadaan cahaya sebelum menggabungkan kesemuanya menjadi satu gambar dengan memilih bahagian terbaik dari setiap gambar.

Hasilnya adalah satu gambar mod nightscape yang sangat terang dan tanpa kekaburan.

 Quad-Kamera AI 13MP

realme C17 telah dipadankan dengan sensor utama 13MP yang mempunyai aperture f/2.2. Ini membolehkan sensor yang besar ini menyerap cahaya yang mencukupi seterusnya menjadikan gambar lebih cerah dan teliti.

Tambahan pula, sensor utama realme C17 ini juga menyokong teknologi pemfokusan PDAF yang membantu sensor mendapat fokus subjek dengan lebih pantas dan tepat.

Sensor Ultrawide 119° 8MP

realme C17 juga dilengkapi dengan sensor ultrawide 8MP yang mempunyai darjah penggambaran 119°.

Selain itu, kepentingan sensor ultrawide pada telefon pintar kini tidak lagi boleh dipandang remeh dan realme harus diberikan pujian kerana sentiasa menawarkan sensor ini pada model terbaru kelas entry-level realme ini.

Dalam pada itu, fungsi utama sensor ultrawide adalah untuk membolehkan pengguna mengambil gambar landskap yang lebih sempurna dan luas tanpa perlu berundur ke belakang.

Sensor Makro 4cm 

realme C17  juga menampilkan sensor kamera makro yang disertakan sebagai pelengkap kepada sensor beresolusi tinggi 64MP.

Sesuai dengan namanya, sensor makro realme C17 membolehkan anda mengambil fotografi jarak 4cm yang sangat baik dan jelas tanpa memerlukan sebarang peralatan tambahan.

Sensor Potret B&W

Menyempurnakan lagi sensor realme C17  ini adalah lensa potret yang kini hadir dengan sistem penapis warna yang baru.

 

Dalam pada itu, lensa potret realme C17 juga mampu menyerap pelbagai tahap cahaya dengan lebih baik dan ini membolehkan sensor ini membantu sensor utama 13MP untuk mengambil gambar dengan kontras yang tinggi, gambar gaya retro dan menambahkan tekstur pada potret.

 

Akhir sekali, teknologi quad-kamera dengan mod fotografi Nightscape telah meletakkan realme C17  sebagai telefon pintar dengan teknologi fotografi terbaik pada segmen harga ini.

realme C17 akan ditawarkan pada harga RM 899 dan telah diumumkan juga bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan melalui rangkaian telekomunikasi Digi.

Maklumat lanjut dan status terkini penawaran realme C17 oleh Digi boleh diketahui di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.