Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V20 Pro 5G dan Vivo V20 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 1,499 sahaja

Vivo V20 Pro dan Vivo V20 MalaysiaVivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan vivo V20 dan vivo V20 Pro 5G ke pasaran Malaysia dan ianya tiba selepas pelancaran vivo V20 SE baru-baru ini.

Vivo V20 dan Vivo V20 Pro 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci yang mana panel hadapan kedua-dua telefon pintar ini juga menempatkan sensor kamera selfie Eye Autofocus 44MP namun V20 Pro menerima satu lagi sensor 8MP Super Wide-Angle.

Kamera selfie kedua-dua telefon pintar vivo ini juga menyokong Slo-Mo Selfie Video, 4K Selfie Video dan Super Night Selfie.


Selain itu, pada bahagian belakang, Vivo V20 dan Vivo V20 Pro juga disertakan dengan sensor tri-kamera 64MP-8MP-2MP.

Beralih kepada pemproses, Vivo V20 tampil dengan pemproses Snapdragon 720G manakala Vivo V20 Pro pula hadir dengan pemproses Snapdragon 765G yang membawakan sokongan 5G.

Selain itu, Siri Vivo V20 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W FlashCharge (0-65% dalam 30 minit).

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki Vivo V20 Pro adalah Vapor Chamber Liquid Cooling, Hi-Res Audio, FunTouch OS 11.

Harga penjualan vivo V20 adalah RM 1,499 manakala vivo V20 Pro ditawarkan pada harga RM 1,899 dan pra-tempahan kini telah dibuka di Lazada dan Shopee (sehingga 23 Oktober 2020).

Setiap pra-tempahan Vivo V20 di Shopee akan menerima beg kulit bernilai RM 100, waranti tambahan, waranti skrin dan kad starbucks bernilai RM 30 (setiap pra-tempahan kelima akan menerima TWS Neo Earbuds).

Setiap pra-tempahan Vivo V20 Pro di Lazada beg kulit bernilai RM 100, waranti tambahan, waranti skrin. (30 pembeli bertuah akan menerima TWS Neo Earbuds).


Selain itu, pembelian siri Vivo V20 di stor konsep Vivo pula akan menerima hadiah bernilai RM 399 yang termasuk beg kulit bernilai RM 100, dan waranti tambahan selama setahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.