Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi Kini Menawarkan Pelan Postpaid Smart Bundle Eksklusif Untuk Para Frontliners


Digi secara rasminya telah memperkenalkan Digi Postpaid Smart Bundle edisi khas sebagai tanda penghargaan buat para petugas barisan hadapan dan perkhidmatan penting di Malaysia yang terus berkhidmat dalam menghadapi Covid-19 ini.

Digi Postpaid Smart Bundle ini terbuka untuk pekerja kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pekerja syarikat yang menyediakan perkhidmatan penting termasuk petugas barisan hadapan, penjawat awam, pekerja bank serta mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan logistik dan penghantaran.

Bagi yang layak, anda boleh terus mengunjungi salah satu daripada 200 Digi Stores atau Digi Store Express di seluruh negara.

 Penjimatan hebat dengan diskaun tambahan untuk pelan dan pembayaran pendahuluan yang rendah

Pelanggan yang layak akan menikmati diskaun sehingga 87% untuk telefon pintar 4G yanh terpilih dengan peranti kini bermula pada harga serendah RM68 ( Oppo A12, Oppo A31, Realme 5i Vivo Y11D dan Vivo Y15s).

Selain itu, telefon pintar beserta kontrak 12 bulan bagi Digi Postpaid 58 akan menawarkan barisan frontliner kita panggilan tanpa had dan kuota Internet hingga 30GB.

Di samping penjimatan ini, pelanggan yang layak juga akan menikmati pengecualian pembayaran pendahuluan bagi peranti dan rebat tambahan sebanyak RM120 bagi bayaran bulanan pelan pascabayar mereka.

 Digi Postpaid Smart  Bundle untuk Petugas  Barisan Hadapan

 Bayaran Bulanan

 RM58 (sebelum  RM10 rebat  bulanan2)

 Kuota Internet

 15GB

 Bonus Harian

 +15GB (500MB  setiap hari)

 Panggilan (Semua rangkaian)

 Tanpa Had

 SMS (Semua rangkaian)

 10 sen setiap SMS

 Bonus Kesetiaan

 +20GB (+5GB  setiap 6 bulan)

Untuk mendaftar Digi Postpaid Smart Bundle edisi khas ini, pelanggan yang layak hanya perlu ke mana-mana Digi Stores atau Digi Store Express di seluruh negara sebelum 30 November 2020, beserta kad pekerja yang sah dan dokumen pengenalan diri lain yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Digi Postpaid Smart Bundle, layari http://digi.my/dcheroes, dan semak kelayakan anda untuk menikmati tawaran istimewa ini di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.