Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Y7a akan tiba di Malaysia pada 30 Oktober ini – RM 799 sahaja

Huawei Y7a Malaysia
Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Huawei Y7a akan memasuki pasaran Malaysia mulai 30 Oktober Ini dengan harga penjualan mampu milik iaitu hanya RM 799.

HUAWEI Y7a juga dikenali sebagai HUAWEI P Smart 2021 yang telah memasuki pasaran Eropah sebelum ini.

Siri Huawei Y yang terkenal dengan reka bentuk bergaya dan harga berpatutan kini menerima HUAWEI Y7a yang juga membawakan beberapa ciri flagship.

Terus kepada spesifikasi, HUAWEI Y7a hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.67-inci yang juga telah menerima pensijilan TÜV Rheinland-certified low blue light eye comfort, pemproses Kirin 710A, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, HUAWEI Y7a juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 22.5W HUAWEI SuperCharge.

Selain itu, HUAWEI Y7a juga disertakan dengan teknologi quad-kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP + sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP selain kamera selfie 8MP yang lengkap dengan AI Beautification.

HUAWEI Y7a juga hadir dengan EMUI 10.1, panggilan video MeeTime dan HUAWEI AppGallery.


HUAWEI Y7a akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Crush Green, Blush Gold dan Midnight Black dengan penjualan akan bermula pada 30 Oktober ini di HUAWEI Store dan HUAWEI Experience Stores (HES) di seluruh negara.

Setiap pembelian HUAWEI Y7a akan 30-hari akses percubaan percuma bagi saluran Qello Concert, The Explorer selain video HUAWEI Academy di Huawei Video dan 15GB storan HUAWEI Cloud untuk tempoh 12 bulan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.