Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Gaming Lenovo Legion Phone Duel kini di Malaysia – harga dari RM 3399

Lenovo legion duel
Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Lenovo Legion Phone Duel.

Lenovo Legion Phone Duel hadir dengan teknologi Dual Technology Architecture memberikan telefon pintar ini kuasa untuk memaksimumkan potensi komponen dan perisian.

Lenovo Legion Duel Malaysia

Berikut adalah spesfikasi utama Lenovo Legion Phone Duel

  • Skrin Paparan 6.5-inci dengan kadar segar semula 144Hz
  • Pemproses Snapdragon 865+
  • Sehingga 16GB RAM LPDDRX5
  • Storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1
  • Teknologi Dual-Bateri 2500mAh*2 (5,000mAh
  • Pengecasan pantas 65W
  • Dua slot USB-C (bawah dan sisi telefon pintar)
  • Teknologi penyejukan Dual-Liquid Heat Pipes, Graphite sheets, dan copper foils
  • Dua Shoulder Button & Dua Enjin Haptic
  • Dua pembesar suara hadapan
  • Kamera belakang 64MP + 16MP
  • Kamera selfie 20MP dengan teknologi dual livestream
  • Warna : Vengeance Red / Blazing Blue

Lenovo Legion Dual akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 26 Oktober pada harga RM 3,399 iaitu bagi varian 12/256GB dan RM 3,999 bagi varian 16/512GB.

Selain itu, bagi pembelian dari 26 hingga 30 Oktober ini, anda juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 329 yang termasuk satu unit Legion H500 Pro 7.1 Headphone.

Dapatkan Lenovo Legion Duel di laman web rasmi Lenovo Malaysia atau melalui saluran penjualan rasmi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.