Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C17 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899

realme C17 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899 7
selain realme 7i, realme Malaysia juga telah mengumumkan penawaran realme C17 yang akan ditawarkan pada harga RM 899 dan mungkin ditawarkan melalui pelan prabayar syarikat telekomunikasi Digi tidak lama lagi.

realme 7i Malaysia – Skrin Paparan 90Hz Ultra Smooth Display Yang Menawarkan Anda Pengalaman Skrin Luar Biasa

realme C17 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899 8

realme C17 mempunyai reka bentuk yang sama seperti realme 7i namun dengan pakej spesifikasi dalaman yang lebih rendah.

realme C17 hadir dengan skrin paparan Ultra Smooth 90Hz HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 450 dengan hanya 6GB RAM namun storan dalaman adalah dua kali ganda lebih besar berbanding realme 7i iaitu pada kapasiti 256GB.

Selain itu, realme C17 juga kehilangan sensor utama 64MP yang digunakan pada realme 7i dan ianya digantikan dengan sensor utama 13MP bersama–sama sensor ultrawide 8MP dan dua sensor 2MP yang menawarkan fungsi kamera makro dan depth.

Selain itu, realme C17 juga disertakan dengan bateri berkapasiti berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

realme C17 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899 9

realme C17 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Lake Green dan Navy Blue pada harga RM 899 secara eksklusif melalui syarikat telekomunikasi Digi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.