Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Siri Xiaomi Mi 10T bermula tengah malam ini – percuma Mi LED TV 4S 55”

Penjualan Siri Xiaomi Mi 10T bermula tengah malam ini - percuma Mi LED TV 4S 55” 3

Telefon pintar terbaru Xiaomi iaitu Siri Mi 10T yang dilancarkan di Malaysia beberapa hari lalu akan mula ditawarkan secara atas talian di Lazada mulai tengah malam ini.

Selepas membatalkan roadshow Siri Mi10T, Xiaomi Malaysia telah mengalihkan penjualan pertama ini ke platform Lazada dan anda patut menjadi pembeli terawal untuk membeli Xiaomi Mi 10T Pro.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini di Malaysia dengan harga serendah RM 1,699 sahaja

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa 500 pembeli pertama Xiaomi Mi 10T Pro akan menerima Mi LED TV 4S 55” secara percuma manakala 650 pembeli berikut akan menerima Mi True Wireless Earphones 2 Basic.

Xiaomi Mi 10T Pro akan ditawarkan pada harga RM 1,999 manakala Xiaomi Mi 10T akan ditawarkan pada harga RM 1,699 sahaja.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Lunar Silver dan Cosmic Black manakala warna Aurora Blue akan tiba lewat bulan ini.

Penjualan kilat ini akan berlangsung mulai tengah malam ini sehingga tengah malam 10 Oktober 2020 namun kami pasti stok akan habis dengan cepat.

Beli Xiaomi Mi 10T Pro atau Xiaomi Mi 10T di Stor Rasmi Xiaomi Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.