Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7i Malaysia – Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik

realme 7i Malaysia – Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 15

realme Malaysia merupakan syarikat telefon pintar dan produk AIoT yang terkenal dengan slogan Dare To Leap.

Selepas baru mengumumkan kemasukan syarikat ini ke pasaran produk penjagaan diri dengan dua produk mereka iaitu realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush, realme Malaysia kini telah mengumumkan bahawa realme 7i pula akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

realme 7i adalah model terbaru didalam keluarga siri realme 7 yang mana ianya menyertai dua lagi model didalam siri ini iaitu realme 7 Pro dan realme 7.

Apa yang menarik adalah realme 7i juga telah disahkan akan ditawarkan dengan tetapan teknologi quad-kamera 64MP yang sama seperti realme 7 Pro dan realme 7 walaupun telefon pintar ini hadir sebagai telefon pintar yang lebih mampu milik.

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 16

Night Filters

Seperti realme 7 dan realme 7 Pro, realme 7i juga disertakan dengan 3 penapis gambar mod malam yang popular iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold.

Lebih-lebih lagi, penawaran teknologi quad-kamera 64MP yang sama seperti realme 7 Pro dan realme 7 meletakkan realme 7i sebagai satu telefon pintar yang pasti akan menarik perhatian pengguna di Malaysia.

Seterusnya, ketiga-tiga Night Filters yang ditawarkan pada realme 7i juga membolehkan pengguna memberikan nafas baru pada gambar mod malam yang biasanya hanya bergantung kepada hasil daripada sensor kamera

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 17

Sensor utama 64MP

Watak utama didalam komponen kamera realme 7i ini telah diberikan kepada sensor 64MP yang merupakan sensor kelas flagship yang sangat terang dan berkualiti tinggi.

Sensor utama beresolusi tinggi ini juga dipadankan dengan satu sensor ultrawide 119° 8MP, satu sensor makro dan satu sensor B&W.

Selain itu, lensa flagship 64MP yang dimiliki realme 7i mempunyai kebolehan ‘menghidu’ cahaya yang sangat luar biasa khususnya kerana pengunaan sensor lebar 1/2”.

Seperti kebanyakkan sensor 64MP dipasaran, sensor yang digunakan pada realme 7i juga mendokong teknologi Quad Bayer yang menjanjikan setiap gambar yang diambil adalah terang dan berkualiti tinggi walaupun pada waktu malam.

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 18

Sensor Ultrawide 119° 8MP

realme 7i juga dilengkapi dengan sensor ultrawide 8MP yang mempunyai darjah penggambaran 119°.

Selain itu, kepentingan sensor ultrawide pada telefon pintar kini tidak lagi boleh dipandang remeh dan realme harus diberikan pujian kerana sentiasa menawarkan sensor ini pada semua telefon pintar utama realme.

Fungsi utama sensor ultrawide adalah untuk membolehkan pengguna mengambil gambar landskap yang lebih sempurna dan luas.

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 19

Sensor Makro 4cm

realme 7i juga menampilkan sensor kamera makro yang disertakan sebagai pelengkap kepada sensor beresolusi tinggi 64MP.

Sesuai dengan namanya, sensor makro realme 7i membolehkan anda mengambil fotografi jarak dekat yang sangat baik dan jelas tanpa memerlukan sebarang peralatan tambahan.

Sensor potret B&W

Menyempurnakan lagi sensor realme 7i ini adalah lensa potret yang kini hadir dengan sistem penapis warna yang baru.

Dalam pada itu, lensa potret realme 7i juga mampu menyerap pelbagai tahap cahaya dengan lebih baik dan ini membolehkan sensor ini membantu sensor utama 64MP untuk mengambil gambar dengan kontras yang tinggi, gambar gaya retro dan menambahkan tekstur pada potret.

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 20

Mod Ultra-Clear 64MP

Selain pengunaan 4 sensor pelbagai fungsi pada realme 7i, kamera realme 7i juga menyokong mod Ultra-Clear 64MP yang memberikan anda kuasa untuk menggunakan sepenuhnya potensi sensor beresolusi tinggi ini.

realme 7i Malaysia - Teknologi Quad-Kamera 64MP Yang Lengkap Dengan 3 Night Filters Menarik 21

realme 7i akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Oktober pada Jam 12 tengahari dan siaran langsung majlis pelancaran telefon pintar ini boleh ditonton di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.