Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Smart Scale dan M1 Sonic Electric Toothbrush akan ditawarkan mulai 10 Oktober ini di Shopee pada harga dari RM 99


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan loncatan terbaru mereka ke pasaran penjagaan diri dengan dua produk penjagaan diri syarikat ini.

realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale telah disahkan sebagai dua produk yang akan memulakan pengembaraan realme didalam industri penjagaan diri dengan Malaysia menjadi negara pertama ( selain China) untuk menerima produk ini.

realme Smart Scale adalah penimbang pintar yang mempunyai sensor Bio-impedance Analysis (BIA) dengan ketebalan hanya 23.3mm.

Penimbang pintar ini akan ditawarkan pada harga  RM 149 namun sempena promosi penjualan pertama pada 10 Oktober ini (12 tengah malam) , anda boleh mendapatkanya pada harga RM 99 di Shopee.

Selain itu, berus gigi M1 Sonic Electric Toothbrush pula akan turut ditawarkan pada harga RM 199 dan sebagai promosi penjualan pertama di Shopee, anda akan menerima realme Buds Classic secara percuma.

realme Malaysia juga telah mengesahkan bahawa realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush akan turut ditawarkan di realme Brand Store tidak lama lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush, anda boleh baca di SINI

beli realme M1 Sonic Electric Toothbrush di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.