Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Menceburi Pasaran Produk Penjagaan Diri Dengan Pelancaran realme Smart Scale dan M1 Sonic Electric Toothbrush

realme Menceburi Pasaran Produk Penjagaan Diri Dengan Pelancaran realme Smart Scale dan M1 Sonic Electric Toothbrush

realme Malaysia – jenama ‘Dare To Leap’ yang tidak asing lagi didalam industri telefon pintar tempatan sejak memasuki pasaran pada lewat tahun 2020.

Pada awal 2020, realme sudah mula mendominasi pasaran produk AIoT dengan pelancaran beberapa produk mercu seperti realme Watch dan realme Buds Wireless.

Sejak Covid-19 mula menular, penduduk dunia telah mula membiasakan diri dengan norma baharu yang mana penjagaan kecergasan dan kebersihan diri kini bukan lagi satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Dengan berbekalkan kepakaran realme didalam produk AIoT dan telefon pintar, realme Malaysia telah mengumumkan loncatan ‘Dare To Leap’ mereka yang seterusnya iaitu ke pasaran penjagaan diri.

Tidak lama lagi pengguna di Malaysia akan mula mendapat akses kepada produk penjagaan diri realme yang akan melengkapkan lagi kepelbagaian produk syarikat ini.

Sebagai permulaan, realme Malaysia telah mengesahkan akan memperkenalkan dua produk produk penjagaan diri iaitu alat penimbang pintar realme Smart Scale dan berus gigi realme M1 Sonic Electric Toothbrush.

Apa yang menarik mengenai kedua-dua produk penjagaan realme ini adalah ianya boleh disambung kepada telefon pintar melalui aplikasi realme Link.

realme Smart Scale

Penimbang realme Smart Scale dilengkapi Penganalisa BIA Bio-impedance yang menujukkan samada otot seseorang mempunyai lebih banyak air berbanding lemak; Air merupakan konduktor elektrik dan Ini membolehkan sensor memberikan maklumat semasa dan pengiraan rintangan elektrik antara penimbang dan lemak. 

realme Smart Scale juga terbukti mampu mengesan kadar lemak dengan tepat dan menunjukkan perbezaan antara lemak dan air kerana ianya mempunyai sensor berkepatan tinggi.

16 Jenis Pengukuran Kesihatan

realme Smart Scale mempunyai 16 jenis pengukuran kesihatan termasuk fungsi yang paling sering digunakan di pasaran seperti berat badan, kadar lemak, bentuk badan, jisim tulang, usia badan, metabolisme basal, kadar kelembapan, berat badan tanpa lemak, jisim otot, BMI, tahap lemak viseral, otot rangka, protein, jisim lemak, air, kadar otot, otot rangka dan degupan jantung.

Jangka Hayat Bateri 360-hari

Penimbang pintar realme ini juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 360-hari didalam mod standby yang bermaksud anda tidak perlu risau sering kehabisan bateri

Ianya beroperasi menggunakan 4 biji bateri AAA yang mampu bertahan hampir setahun.

Sambungan Bluetooth 5.0 membolehkan kadar keseluruhan operasi penimbang ini adalah dibawah 60mAh.

Mod Light Weight

realme Smart Scale juga dilengkapi mod Light Weight yang mampu menimbang berat antara 50 gram sehingga 9.99kg dengan tepat. Ini membolehkan anda menimbang berat haiwan peliharaan anda atau berat bagasi yang hendak dipos.

Selain itu, Smart Scale realme ini juga mempunyai fungsi untuk menimbang berat dengan berat minima 10 gram.

realme Link App

realme Smart Scale juga boleh disambungkan kepada telefon pintar anda melalui aplikasi realme Link App yang menawarkan laporan menyeluruh dan anda juga boleh menyimpan seberapa banyak profil pengguna yang membolehkan realme Smart Scale digunakan oleh semua ahli keluarga (4 akaun realme Link).

realme Link App adalah aplikasi AIoT khas yang dibangunkan oleh realme untuk menghubungan telefon pintar dengan produk AIoT keluaran syarikat ini.

Buat masa ini, aplikasi realme Link hanya tersedia untuk pengguna peranti Android sahaja.

Reka Bentuk & Kualiti

Penimbang pintar keluaran realme ini juga mempunyai reka bentuk berasaskan gentian kaca 6mm dari jenama terbaik didalam industri yang dapat menahan berat hingga 350KG. 

Kaca kukuh ini dapat mencegah kerosakan dan penghancuran dengan berkesan dalam tekanan yang tinggi. 

Ia direka dengan reka bentuk wrap-around yang menggunakan ABS untuk menutup bahagian tepi gentian kaca ini sekaligus mencegah potensi kerosakan akibat perlanggaran.

realme Smart Scale juga mempunyai lampu LED tersembunyi, memberikan rasa yang lebih premium pada reka bentuk panelnya yang kukuh.

Peranti ini juga mempunyai ketebalan peranti hanya 23.3mm kerana beberapa penyesuaian telah dibuat untuk pada tempat pemasangan bateri, skrin dan ruang dalamanya yang lebih padat dan 10% lebih nipis berbanding penimbang pintar lain dipasaran.

Produk ini layak diganti dalam satu tahun, tidak termasuk perkhidmatan pembaikan.

realme mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kualiti produk keluaranya dan realme Smart Scale disertakan dengan jaminan waranti selama setahun.

Dapatkan realme Smart Scale di SHOPEE

realme M1 Sonic Electric Toothbrush 

Dupont 99.99% Antibacterial Bristles

Kepala berus gigi elektrik realme M1 Sonic diperbuat daripada bulu antibakteria bermutu tinggi yang dapat membersihkan kotoran gigi dengan mudah. 

Tidak seperti kebanyakan kepala berus di pasaran, produk ini dilengkapi dengan fungsi bakteriostatik 99.99% yang akan memberikan pengalaman pemberusan terbaik kepada pengguna.


Menepati Piawaian FDA

realme M1 Sonic Electric Toothbrush juga telah mendapat pengesahan daripada International Food and Drug Administration (FDA).

Selain itu, berus gigi elektronik ini juga dilengkapi teknologi seperti berikut :

High-density bristle – kadar kepadatan bulu berus gigi realme M1 Sonic adalah 40% lebih tinggi berbanding berus gigi tradisional

Disenfikasi UV – berus gigi realme M1 Sonic juga telah menjalani ujian disenfikasi UV sebelum mula dijual kepada pengguna.

2 kepala berus tersedia didalam kotak pembelian – realme menyertakan 2 jenis kepala yang sesuai untuk gigi biasa dan gigi sensitif.

Motor Sonic Berfrekuensi Tinggi

realme M1 Sonic Electric Toothbrush dilengkapi dengan motor sonic berfrekuensi tinggi yang bergetar pada kadar 34,000 kali/minit. Ini memastikan pembersihan yang lebih efektif dan meningkatkan kepuasan pemberusan.

Jangka Hayat Bateri & Pengecasan Tanpa Wayar

Berus pintar ini juga mempunyai bateri berkapasiti 800mAh yang mampu menawarkan anda pengunaan selama 90 hari dengan pengunaan purata.

Produk ini juga merupakan peranti tanpa wayar induktif yang memberikan anda satu kaedah pengecasan yang amat mudah. Pengecasan penuh berus gigi ini mengambil masa 4.5 jam namun 5 minit pengecasan sudah memadai untuk pengunaan selama dua hari.

kepala berus anjal 10° yang dimiliki berus gigi elektrik realme ini dapat membersihkan permukaan gigi dengan lebih dekat untuk memberikan gigi pembersihan yang lebih mendalam. 

Selain itu, realme M1 Sonic Electric Toothbrush  mempunyai 4 mod pembersihan untuk pengguna pilih mengikut keselesaan kerana mod yang berbeza sesuai untuk pengguna yang berbeza.

Ia juga dilengkapi dengan mod lembut untuk gigi sensitif,  mod clean untuk penggunaan harian, mod putih (white) untuk pembersihan mendalam menggunakan amplitud getaran maksimum dan mod penggilap(polish) untuk menjadikan gigi berkilau.

Satu lagi kelebihan M1 Sonic Electric Toothbrush ini adalah ianya juga mempunyai fungsi Last Memory Mode yang mengingati mod pemberusan terakhir yang digunakan oleh pengguna.

Kualiti Produk realme yang tidak boleh dipertikai 

Reka bentuk berus gigi pintar ini adalah lapisan mesra kulit dengan lekukan badan yang bagus untuk pengguna memegangnya dengan selesa dan stabil semasa menggunakannya.

Produk ini mempunyai jangka hayat yang lebih lama di mana pengguna dapat mengurangkan kos penggantian kerana dapat digunakan hingga 12 tahun bersama dengan jaminan satu tahun.

Berus gigi elektrik realme M1 Sonic juga telah mendapat pensijilan kalis air  IPX7 yang menawarkan kalis air pada kedalaman sehingga satu meter air selama 30 minit. 

Ia dilengkapi dengan rangka yang bersepadu dan penampilan yang lancar agar pengguna dapat memperoleh pengalaman yang lebih baik.

Dapatkan realme M1 Sonic Electric Toothbrush di SHOPEE

Pelancaran dua produk penjagaan diri daripada realme ini dilihat sebagai batu loncatan kepada syarikat ini untuk memperkenalkan lebih banyak produk penjagaan diri pada masa akan datang.

realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 5 Oktober ini dan anda juga boleh menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran rasmi ini di Facebook realme Malaysia


realme juga akan menganjurkan promosi beli & menang yang menawarkan anda peluang memenangi hadiah percuma bernilai sehingga RM 20,000 dengan pembelian produk penjagaan diri terbaru realme.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah 2 uni realme 7 Pro, 50 unit realme Band, 30 unit realme Watch dan 20 unit realme Power Bank 2.

Dapatkan realme M1 Sonic Electric Toothbrush di SHOPEE

Dapatkan realme Smart Scale di SHOPEE

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.