Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch GT 2 Pro & FreeBuds Pro kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 699


Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Huawei FreeBuds Pro dan Huawei Watch GT 2 Pro akan ditawarkan mulai 10 Oktober ini pada harga dari RM 699 sahaja.

HUAWEI FreeBuds Pro

Huawei FreeBuds Pro adalah TWS terbaru syarikat ini dan ianya turut disertakan dengan teknologi dynamic active noise cancelling yang dikatakan lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Apple pada AirPods Pro.

Ianya juga mempunyai reka bentuk In-ear Fit  seperti Apple namun pada harga penjualan yang jauh lebih rendah.

Selain itu, Huawei FreeBuds Pro juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 30 jam iaitu manakala bateri pada buds sahaja mampu memberikan anda sehingga 7 jam pendengaran atau 4.5 jam apabila ANC diaktifkan.

Buat masa ini, Huawei FreeBuds Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Silver Frost dan Ceramic White pada harga RM 699.

Pembeli Huawei FreeBuds Pro juga akan menerima Huawei FreeBuds Pro cover dan speaker mini.

Lihat Huawei FreeBuds Pro di Huawei Store

Huawei Watch GT 2 Pro

HUAWEI Watch GT 2 Pro

Selain itu, jam pintar Huawei Watch GT 2 Pro juga akan turut ditawarkan serentak dan ianya akan dijual pada harga RM 1,199.

Huawei Watch GT 2 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci dengan reka bentuk yang premium.

Huawei Watch GT 2 Pro juga memberikan anda hampir 200 pilihan watch faces, 100+ mod kecergasan, bacaan VO2 Max, GPS terbina, bacaan saturasi oksigen dalam darah dan Huawei TruSleep 2.0

Huawei Watch GT 2 Pro juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu dan ianya juga menyokong pengecasan tanpa wayar pantas (5 minit pengecasan untuk 10 jam pengunaan).

Setiap pembelian HUAWEI Watch GT 2 Pro akan menerima tali jam Huawei bernilai RM 69 secara percuma.


Anda juga boleh menikmati diskaun tambahan bagi sebanyak RM 100 pembelian Huawei Watch GT 2 Pro dan Huawei FreeBuds yang boleh ditebus di Huawei Member Center (eksklusif untuk pelanggan sediada Huawei).

Lihat Huawei Watch GT 2 Pro di Huawei Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.