Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IFA 2020 : Honor Watch GS Pro dan Watch ES dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia pada Oktober 2020


Penampilan Honor di IFA 2020 tahun ini telah menyaksikan syarikat itu memperkenalkan dua peranti pemakaian terbaru iaitu Honor Watch GS Pro dan Honor Watch ES.

Honor Watch GS Pro adalah jam pintar lasak yang dikhaskan kepada golongan penggembara dan aktiviti lasak manakala Honor Watch ES lebih kepada peranti kecergasan yang lebih mampu milik.

Honor Watch GS Pro

Honor Watch GS Pro hadir dengan skrin paparan bulat AMOLED berukuran 1.39-inci dengan resolusi 454×454 piksel. Ianya menampilkan gelung keluli tahan karat pada rangka polikarbonat dan tali silikon.

Jam pintar tahan lasak ini juga mempunyai 14 pensijilan gred tentera MIL-STD-810G yang termasuk suhu, gegaran dan kalis air.

Honor Watch GS Pro ini mampu menawarkan anda pelbagai maklumat penting kepada peminat aktiviti lasak seperti mendaki, berski dan berenang dil autan terbuka ( cuaca buruk, keadaan laut, navigasi dakiaan dan banyak lagi).

Secara keseluruhan, jam pintar ini menyokong hampir 100 mod kecergasan dan lengkap dengan bacaan degupan jantung berterusan selain SpO2 dan perekod tidur.

Honor Watch GS Pro dikuasakan dengan pemproses Kirin A1 dan menawarkan sehingga 25 hari pengunaan dan penyambungan adalah menggunakan Bluetooth 5.1.

 

Honor Watch GS Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu camo blue, charcoal black dan marl white dengan harga €250 (RM 1,229).

Honor Watch ES

Honor Watch ES pula adalah jam kecergasan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian, ianya menampilkan skrin paparan segiempat AMOLED berukuran 1.64-inci pada resolusi 456 x 280 yang lengkap dengan ciri always on.

Ianya menampilkan sokongan bagi 95 mod kecergasan dengan 12 jenis latihan kecergasan beranimasi dan terdapat juga bacaan degupan jantung, SpO2, tidur dan tekanan

Honor Watch ES juga memiliki jangka hayat bateri sehingga 10 hari dan terdapat pengecasan pantas yang memenuhi bateri ke tahap 70% dalam masa 30 minit sahaja.

Honor Watch ES akan hadir ke pasaran didalam tiga pilihan warna iaitu Icelandic White, Meteorite Black dan Sakura Pink pada harga €99 (RM 486).

Kedua-dua Honor Watch GS Pro dan Honor Watch ES telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.