Telefon Pintar pertama HUAWEI dengan sistem operasi HarmonyOS dijangka akan dilancarkan tahun hadapan
Telefon Pintar pertama HUAWEI dengan sistem operasi HarmonyOS dijangka akan dilancarkan tahun hadapan
Jika anda masih ingat, HUAWEI telah memperkenalkan HarmonyOS pada HUAWEI Developer Conference tahun lalu dan terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa HarmonyOS 2.0 akan dilancarkan pada HUAWEI Developer Conference yang akan berlangsung pada 10 September ini.
Laporan tersebut memetik sumber dari Richard Yu yang merupakan CEO HUAWEI dan telefon pintar pertama dengan sistem operasi tersendiri HUAWEI dijangka akan dilancarkan seawal tahun hadapan.
Selain itu, telefon pintar HUAWEI dengan HarmonyOS telahpun wujud dan ianya akan memasuki pasaran tahun hadapan bersama-sama peranti lain seperti Komputer Riba, Tablet, Jam Pintar dan produk IoT.
Walaubagaimanapun, HUAWEI juga dijangka akan memperkenalkan jam pintar pertama mereka dengan sistem operasi HarmonyOS penghujung tahun ini.