Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo bakal melancarkan telefon pintar dengan panel gelas elektrokromik yang mampu berubah warna


Selama bertahun-tahun, vivo telah membawa pelbagai kemungkinan yang tidak terbatas dan sentiasa berusaha untuk membangunkan peranti pintar yang memberikan pengalaman lebih peribadi kepada penggunanya di seluruh dunia.

vivo baru-baru ini telah mula memberikan teaser mengenai teknologi perintis terbaru mereka iaitu – gelas elektrokromik, bahan khas yang membolehkan pengguna mengubah warna pada panel belakang ketika arus diterapkan.

Dengan teknologi baru ini, pengguna dapat menyesuaikan telefon pintar mereka dengan mengubah warna panel belakang telefon pintar vivo ini berdasarkan elektrokromisme, fenomena yang membolehkan kaca mengubah warna atau kelegapannya apabila voltan diterapkan padanya.

Telefon pintar vivo dengan teknologi panel gelas elektrokromik dijangka akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.