Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei HarmonyOS dilancarkan sebagai pencabar utama Android di masa hadapan

Huawei HarmonyOS

Huawei HarmonyOS dilancarkan sebagai pencabar utama Android di masa hadapan

Huawei secara rasminya telah melancarkan sistem operasi mereka yang tersendiri iaitu HarmonyOS di Huawei Developers Conference.

HarmonyOS adalah sistem operasi ‘open-source’ yang mampu beroperasi pada pelbagai peranti seperti telefon pintar, jam pintar, TV, Tablet, komputer riba dan kereta.

Rirchard Yu Huawei

Menurut Richard Yu, OS ini telah dibangunkan sejak 2017 dan produk pertama yang akan menggunakan HarmonyOS akan diperkenalkan oleh Honor ( Honor SmartTV mungkin dilancarkan hari ini).

HarmonyOS menjanjikan tahap operasi yang pantas kerana ianya adalah OS yang berasaskan microkernel dengan TEE (Trusted Execution Environment) yang meningkatkan keselamatan pengunaan pada semua peranti.

Huawei HarmonyOS

HarmonyOS juga mempunyai kelebihan untuk menarik pembangun aplikasi kerana ianya menyokong semua jenis programming termasuk C/, C++, Java, JavaScript dan Kotlin.

Apa yang dikatakan di atas pentas oleh Richard Yu juga boleh dianggap sebagai amaran kerana beliau mendakwa HarmonyOS secara teorinya boleh menjadi pengganti kepada OS Android namun Huawei akan masih menggunakan Android pada telefon pintar demi memenuhi kehendak pengguna dan portfolio Google yang menyeluruh.

HarmonyOS

Walaubagaimanapun, jika ada isu yang timbul dengan Google, kesemua telefon pintar Huawei yang beroperasi dibawah Android mampu beralih ke HarmonyOS didalam masa beberapa hari sahaja dan ianya juga akan menyokong kesemua aplikasi Android.

Dengan potensi yang ada, HarmonyOS dijangka akan menjadi pencabar utama kepada Android untuk menjadi sistem operasi global pada masa hadapan.

HarmonyOS

Huawei juga akan menawarkan kit pembangun aplikasi bagi menggalakan pembangun aplikasi dan mempercepatkan proses integrasi.

Lebih banyak maklumat mengenai HarmonyOS dijangka akan diketahui didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.