Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3S akan tiba di Malaysia 8 September ini – dari RM 3,199


Blackshark Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Black Shark 3S akan memasuki pasaran Malaysia pada 8 September ini.

Blackshark 3S adalah model susulan bagi Blackshark 3 dan ianya menawarkan spesfikasi gaming yang lebih baik khususnya dengan pengunaan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci.

Panel AMOLED ini menawarkan resolusi 1080p+ dengan tahap kecerahan maksima 500nits, 105% DCI-P3 dan MEMC generasi ke-3.

Agak mengecewakan adalah Black Shark 3S mengekalkan pengunaan cipset Snapdragon 865 dan bukanya versi Snapdragon 865+ yang dilancarkan baru-baru ini sebagai cipset peranti mudah alih pertama didunia untuk melepasi kelajuan 3.0GHz.

RAM Black Shark 3S adalah jenis LPDDR5 yang mana terdapat dua pilihan samada 12GB atau 16GB manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 pada kapasiti 128/256GB dan 512GB yang akan ditawarkan kelak.

JOY UI12 juga disertakan pada Black Shark 3S dan ianya menawarkan fungsi screen mirroring yang membolehkan anda bermain permainan video pada komputer menggunakan papan kekunci dan tetikus yang mana kadar operasi mod ini adalah 60fps manakala latensi adalah 40ms.

Selain daripada itu, spesifikasi Black Shark 3S ini adalah sama seperti Black Shark 3S iaitu bateri 4,729mAh (pengecasan pantas 65W), adapter magnetik, tri-kamera 64MP dan 20MP kamera selfie.

Black Shark 3S

Harga penjualan Black Shark 3S di Malaysia adalah seperti berikut:

Black Shark 3S 12/128GB – RM 3,199

Black Shark 3S 12/256GB – RM 3,499

Black Shark Malaysia juga telah mengumumkan bahawa 50 pembeli terawal Black Shark 3S akan menerima hadiah percuma bernilai melebihi RM600 yang termasuk Black Shark Carry Case, Black Shark FunCooler, 1-tahun perlindungan skrin , Baucar Shopee RM100 dan barangan misteri Black Shark.

Selain iti, 50 pembeli seterusnya pula akan menerima Black Shark Gamepad 2.0 (Kiri), GamePad 3.0 Holder, Black Shark FunCooler, 1-tahun perlindungan skrin , Baucar Shopee RM100 dan barangan misteri Black Shark.

Black Shark 3S akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Skyfall Black dan Crystal Blue.

Penjualan akan bermula tepat jam 12 tengah malam pada 8 September 2020 secara eksklusif di Shopee.

Selain itu, Black Shark juga telah mengumumkan Black Shark Game Triggers akan ditawarkan serentak pada harga RM 89.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.