Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon 865+ kini rasmi sebagai cip pemprosesan pertama melepasi kelajuan 3.0GHz

Snapdragon 865+ kini rasmi sebagai cip pemprosesan pertama melepasi kelajuan 3.0GHz 1
Qualcomm secara  rasminya telah memperkenalkan Snapdragon 865+ yang menjadikanya sebagai cipset pertama dipasaran untuk melepasi kelajuan CPU 3GHz.

Pemproses Snapdragon 865+ yang terbaru ini menawarkan kelajuan teras CPU utama sehingga 3.1GHz iaitu 10% lebih pantas berbanding cip Snapdragon 865.

Snapdrgon 865+

Seperti Snapdragon 865, Snapdragon 865+ juga menyokong paparan 144Hz dan cip ini juga hadir dengan 10% lebih peluang untuk mencapai kadar segar semula sesuatu aplikasi game kerana GPU Adreno 650 juga telah menerima peningkatan kelajuan pemprosesan.

Selain itu, SD865+ juga disertakan dengan FastConnect 6900 yang menawarkan sokongan Wi-Fi 6E yang beroperasi pada jalur 6GHz dan menawarkan kelajuan sehingga 3.2Gbps dengan latensi serendah 3ms.

Ini juga membolehkan penawarkan sokongan Bluetooth 5.2 dengan apt x adaptive untuk audio 65 kHz dan sokongan Dula Bluetooth Antenna.

Selain itu, cipset ini masih mengekalkan pengunaan modem 5G X55, ISP Spectra 480, DSP Hexagon 698 dan Quick Charge 4.0+.

Buat masa ini, dua telefon pintar telah disahkan akan menggunakan cipset terbaru Qualcomm ini iaitu Asus ROG Phone III dan Lenovo Legion.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.