Para penjual tempatan di Shopee mencatat jumlah jualan RM200 juta dalam bulan pertama Shop Malaysia Online PENJANA – peningkatan lebih tinggi pada 9.9 Super Shopping Day
Pembiayaan baucar secara bersama oleh Shopee dan pihak Kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk inisiatif Shop Malaysia Online Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah menjana jumlah jualan lebih daripada RM200 juta oleh para penjual dan peniaga tempatan di platform e-dagang tersebut setakat 31 Ogos.
Dalam sebuah ulasan pertengahan kempen yang telah berlangsung hari ini dan pelancaran acara membeli-belah tahunan khas 9.9 Super Shopping Day, Shopee memaklumkan bahawa baucar-baucar tersebut dinikmati oleh hampir 2 juta rakyat Malaysia yang memanfaatkan penjimatan dan pulangan tunai bagi peralatan rumah, produk kesihatan dan kecantikan, mainan, barangan runcit, automotif dan gajet.
Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, platform e-dagang ini memberikan nafas baharu kepada inisiatif Shop Malaysia Online tersebut dengan tema baharu setiap minggu bagi memastikan ia kekal menarik untuk para pengguna. “Dengan berbuat demikian, kami juga memastikan bahawa sokongan yang sama rata diberikan kepada para penjual dari pelbagai sektor.”
Untuk memudahkan rakyat Malaysia mengenal pasti penjual tempatan, Shopee telah mencipta tag “Local Seller” yang tertera di bawah semua produk yang dijual oleh perniagaan tempatan yang layak untuk menyertai Shop Malaysia Online.
Shop Malaysia Online mengikuti langkah satu lagi kolaborasi yang berjaya – kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS (MSME) PENJANA yang merupakan inisiatif e-dagang PENJANA Kerajaan yang dilaksanakan oleh MDEC dan Shopee yang memberikan manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500 kepada setiap MSME Malaysia yang baharu kepada Shopee.
Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih daripada 38,000 penjual, dengan MSME yang mengambil bahagian mencatatkan purata peningkatan sebanyak 162% dalam jualan harian mereka setelah menyertai kempen ini.
Kini, ketika Shop Malaysia Online inisiatif memasuki fasa terakhirnya, Shopee meningkatkan usahanya dalam menggalakkan pengguna untuk memainkan peranan mereka dan menyokong perniagaan tempatan untuk pemulihan ekonomi.
Ini termasuk pengambilalihan platform oleh PENJANA pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.
Platform e-dagang tersebut juga mengambil langkah yang lebih lagi untuk membantu penjual tempatan dalam inisiatif Shop Malaysia Online melalui 9.9 juta baucar PENJANA yang juga menawarkan lebih banyak penjimatan kepada pengguna Shopee.
Mulai hari ini hingga 9 September, Shopee akan memberikan lebih banyak nilai kepada pengguna dengan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9, menawarkan baucar 50% dan tawaran RM9 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale.
Rakyat Malaysia juga berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM99,000 melalui Shopee Games, termasuk 9 unit Samsung Galaxy Note20 apabila mereka bermain Shopee Farm.
Untuk countdown yang tidak dapat dilupakan pada 9.9, jangan terlepas menyaksikan Shopee 9.9 Super Show yang menampilkan permainan, persembahan dan aksi oleh barisan bintang termasuk Ernie Zakri, Dato’ Aaron Aziz, Ayda Jebat, Alif Satar, Wany Hasrita dan ramai lagi.
Tonton, main dan menangi hadiah pada 8 September, dari jam 9 malam di Shopee Live, YouTube, Astro Prima dan Hello. Shopee 9.9 Super Show dibawakan kepada anda oleh Drypers, Dettol, P&G, Friso, PediaSure, Nescafé dan L’Oréal.
Untuk melayari kempen Shop Malaysia Online, kunjungi – https://shopee.com.my/m/shop-malaysia-online dan untuk maklumat lebih lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day, layari https://shopee.com.my/m/99