Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 4 Pro akan ditawarkan didalam warna Galactic Blue tidak lama lagi


Selang satu bulan selepas pelancaran siri Oppo Reno4 ke pasaran tempatan, Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa Oppo Reno4 Pro akan ditawarkan didalam warna baru iaitu Galactic Blue.

Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699

Menyentuh sedikit memgenai spesfikasi, Oppo Reno 4 Pro hadir dengn skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.5-inci dengan kamera selfie punch hole 32MP (Sony IMX616)

Pada bahagian kamera, Oppo Reno 4 Pro  dilengkapkan dengan kamera utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP, 2MP sensor depth dan 2MP sensor mono.

Oppo Reno 4 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan sehingga 8GB RAM manakala storan dalaman adalah 256GB .

Reno4 Pro turut hadir dengan bateri 4,000mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Buat masa ini Oppo Reno4 Pro ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Starry Night dan Silky White iaitu pada harga penjualan RM 2,399.

Beli Oppo Reno4 Pro di Oppo Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.