Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Waze kini boleh digunakan didalam terowong SMART dengan pemasangan Waze Beacon oleh U Mobile

Waze kini boleh digunakan didalam terowong SMART dengan pemasangan Waze Beacon oleh U Mobile 1

Waze kini boleh digunakan didalam terowong SMART dengan pemasangan Waze Beacon oleh U Mobile 2
U Mobile, telah mengumumkan kerjasama dengan Waze dan Terowong SMART
(SMART Tunnel) bagi penyediaan ketersambungan GPS khas untuk para pemandu yang melalui terowong dwifungsi yang terpanjang di dunia itu.

Pengguna Terowong SMART tidak lagi perlu bimbang jika tersesat jalan atau tersilap susur keluar di kawasan tersebut dengan adanya peranti mudah alih Waze Beacons yang dikuasakan dengan Bluetooth.

Peranti ini menjamin ketersambungan yang lancar dan navigasi berterusan walaupun ketika penerimaan isyarat GPS yang lemah, menerusi penyebaran isyarat tanpa wayar yang menyokong aplikasi navigasi.

Bagi menjamin navigasi yang berterusan di dalam terowong SMART, para pemandu hanya perlu mengaktifkan sambungan Bluetooth pada peranti mereka.

Setakat ini, hampir 240 Waze Beacons telah berjaya dipasangkan di sepanjang terowong 5.2km tersebut.

Sebagai pengguna yang kerap menggunakan Terowong SMART, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkongsi bahawa ciri baharu yang telah dipasangkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa akan memudahkan lagi pemanduan di dalam terowong.

“U Mobile berpegang teguh kepada pendirian untuk menyerlahkan potensi tanpa had teknologi yang terbaik untuk kes kegunaan 5G, perluasan rangkaian 4G, mahupun inovasi perkhidmatan.

Kerjasama terbaharu dengan pihak Waze dan Terowong SMART akan menjadikan U Mobile sebagai syarikat telekomonunikasi pertama di dunia menyokong navigasi GPS yang berterusan di dalam terowong.

Berbekalkan teknologi Waze Beacons, semua pengguna peranti mudah alih, tanpa mengira penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang dilanggani mereka, kini mampu memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri Waze secara berterusan sepanjang berada di dalam terowong SMART.”

 

“Waze bukan sekadar memberikan panduan navigasi kepada pemandu tetapi juga membantu di dalam menyelesaikan cabaran pengangkutan serta berganding bahu di dalam meningkatkan kualiti perjalanan di atas jalan raya.

Dengan 30,000 pemandu menggunakan Terowong SMART setiap hari, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan U Mobile dan SMART bagi meringankan kesesakan lalu lintas, serta mengurangkan kekeliruan yang diakibatkan oleh kehilangan isyarat GPS,” kata Pengurus Negara Waze, Kelvin Sim.

 

 Jurutera Waze serta Pengurus Global program Waze Beacons, Gil Disatnik juga berkata, “Kami teruja untuk membawa program Waze Beacons kepada Terowong SMART, iaitu terowong dua tingkat pertama di dunia yang dipasangkan dengan Waze Beacons untuk memberikan navigasi yang sempurna kepada pemandu di Malaysia .

Kami berharap untuk mengembangkan program Waze Beacons ke kawasan-kawasan lain di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.”

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, para pengguna Wazedi dalam Terowong SMART akan diingatkan untukmengaktifkan Bluetooth bagi menikmati navigasi GPS secaraberterusan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my

Pelanggan U Mobile yang melanggan pelan Unlimited Mobile Internet (UMI), U28, P38 dan P48 dapat menikmatidata percuma untuk Waze, manakala mereka yang melanggan pelan data tanpa had seperti GX30, GX38, GX50, GX68, P79, P99 dan P139 dapat menikmati Waze tanpa perlu bimbangakan kehabisan data.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.