Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

117,000 unit siri Samsung Galaxy Note 20 telah ditempah di Korea Selatan

Samsung Galaxy Note 20
pelancaran siri Galaxy Note20 telah berlangsung awal bulan ini dan pra-tempahan juga telah dibuka di beberapa pasaran manakala penjualan rasmi dijangka bermula pada 21 Ogos 2020.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Galaxy Tab S7 disahkan tiba di Malaysia pada 28 Ogos ini

Selain di Malaysia, pra-tempahan bagi keluarga Galaxy Note2 juga telah dibuka di pasaran Korea Selatan sebagai pasaran ‘tuan rumah’.

Berdasarkan laporan media Korea, sambutan terhadap Siri Samsung Galaxy Note20 dilihat hampir sama seperti yang diterima oleh siri Samsung Galaxy Note10 tahun lalu.

Samsung dilaporkan telah menerima 117,000 tempahan bagi siri Samsung Galaxy Note20 iaitu sedikit rendah berbanding tempahan bagi Galaxy Note10.

Laporan ini juga mendakwa 65% daripada tempahan yang diterima adalah bagi Samsung Galaxy Note20 Ultra dengan baki 35% adalah bagi Galaxy Note20 yang lebih murah.

Bagi anda yang berminat, pra-tempahan Samsung Galaxy Note20 masih dibuka di Malaysia dan pada 18 Ogos ini Samsung juga akan mengadakan pelancaran rasmi tempatan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.