Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable Microsoft Surface Duo kini rasmi

Microsoft Surface DuoMicrosoft secara rasminya telah memgumumkan maklumat harga dan tarikh penjualan telefon pintar foldable keluaran mereka iaitu Surface Duo yang akan memasuki pasaran pada bulan September dengan harga $1,399 (RM 5,866).

Microsoft Surface Duo Malaysia

Selain itu, Surface Duo juga telah disahkan akan hadir dengan dua panel skrin paparan OLED FHD+ berukuran 5.6-inci dengan nisbah 4:3, pemproses Snapdragon 855 dan bateri berkapasiti 3,577mAh.

Microsoft Surface Duo juga disertakan dengan satu sensor kamera 11MP yang memiliki aperture f/2.0 dan diletakkan dibahagian atas panel kanan bersama-sama lampu flash LED dan kamera ini juga menyokong fungsi Super Zoom 7x (zoom digital), rakaman video 4K pada kadar 60fps dan pengstabilan EIS.

Telefon pintar foldable Microsoft Surface Duo kini rasmi 7

Selain itu, Surface Duo juga hadir dengan pelbagai fungsi multitasking yang beroperasi dibawah ekosistem Android 10 dan ini dilihat sebagai titik jualan utama bagi telefon pintar foldable ini.

Telefon pintar foldable Microsoft Surface Duo kini rasmi 8

Microsoft juga telah mengambil langkah untuk mereka bentuk semula aplikasi Office dan OneDrive untuk Surface Duo.

Surface Duo juga akan menyokong semua aplikasi Android dipasaran dan ianya juga disertakan dengan algoritma khas yang mampu meramal skrin mana yang anda gemar untuk melihat kandungan.

Microsoft Surface Duo Malaysia

Engsel 360° yang digunakan pada Surface Duo juga menawarkan anda pengunaan peranti tang versatail dan kedua-dua panel skrin ini juga menyokong Microsoft Surface Pen.

Seperti yang kami perkatakan diatas, bateri 3,577mAh pada Surface Duo ini juga disertakan dengan pengecasan pantas 18W yang mana kapasiti ini adalah sesuatu yang baik memandangkan ketebalan peranti ini hanya 9.9mm apabila dilipat.

Telefon pintar foldable Microsoft Surface Duo kini rasmi 9

Microsoft Surface Duo akan hadir didalam satu pilihan RAM sahaja iaitu 6GB dengan storan dalaman jenis UFS 3.0 adalah antara 128 atau 256GB (tambahan $100) dan terdapat sensor capjari pada sisi.

Microsoft Surface Duo tidak mempunyai sokongan 5G, NFC, slot kad microSD (menyokong satu nano SIM + eSIM) dan pembesar suara stereo.

Microsoft Surface Duo akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu dan buat masa ini masih belum ada maklumat penjualan bagi pasaran Antarabangsa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.