Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10 akan ditawarkan dengan diskaun sehingga RM 800 pada 17-21 Ogos ini

Xiaomi Mi 10
Sempena ulang tahun ke-10 Xiaomi, syarikat ini bukan hanya memperkenalkan Xiaomi Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra malah turut menawarkan diskaun menarik bagi Xiaomi Mi 10 di Malaysia.

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa Mi 10 akan ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM 800 pada 17 hingga 21 Ogos ini.

Xiaomi Mi 10 versi 8/128GB akan ditawarkan pada harga RM 1,999 (RM 2799)manakala versi 8/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 2499 (RM 2999).

Ini adalah satu tawaran yang sangat menarik memandangkan Xiaomi Mi 10 merupakan telefon pintar flaghsip 2020 Xiaomi yang hadir dengan pemproses Snapdragon 865.

Promosi ini akan bermula pada 17 Ogos dan tamat pada 21 Ogos dengan pembelian dijangka boleh dibuat melalui platform penjualan termasuk di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.