Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C11 versi 3/32GB tiba di Malaysia 15 Ogos ini pada harga RM 479 sahaja

realme C11 3/32GB

realme C11 yang merupakan telefon pintar kelas-entry level terbaru syarikat ini dan telah mula ditawarkan di Malaysia bulan lalu pada harga RM 429 sahaja.

Ketika pelancaran, realme C11 ini hanya ditawarkan didalam varian 2GB RAM/16GB ROM yang sedikit mengecewakan pengguna di Malaysia.

Bagi anda yang tertunggu-tunggu pelancaran realme C11 versi 3GB RAM/32GB ROM, anda tidak perlu menanti lama kerana realme Malaysia telah mengesahkan bahawa realme C11 versi baru ini akan mula ditawarkan di Malaysia dari 15 Ogos ini

realme C11 merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses Helio G35.

Selain itu, realme C11 juga hadir dengan reka bentuk baru yang tidak pernah anda lihat pada mana-mana telefon pintar realme sebelum ini iaitu reka bentuk Geometric Art Design dengan satu jalur khas.

realme C11 juga menampilkan reka bentuk modul kamera yang baru yang menempatkan sensor dwi-kamera AI 13MP + 2MP realme turut menawarkan fungsi mod fotografi malam NightScape.

Kamera belakang realme C11 ini juga membawakan fungsi Chroma Boost, mod potret, rakaman video 1080p dan video gerak perlahan.

realme C11 juga hadir dengan reka bentuk skrin mini-drop berukuran 6.5-inci iaitu pada resolusi HD+, bateri berkapasiti 5,000mAh, Android 10, sokongan Tri-Slot dan mod face unlock.

realme C11 versi 3/32GB ini akan turut hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey.

Pembelian realme C11 versi 3/32GB boleh dilakukan mulai 15 Ogos ini di semua wakil penjual rasmi realme (offline sahaja) pada harga RM 479 sahaja.

Baca : ULASAN : realme C11 – telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.