Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm dijangka akan meminta kebenaran dari AS untuk membekalkan cipset flaghsip kepada Huawei

Qualcomm
Kesan daripada penyenaraian hitam Huawei oleh kerajaan AS dilihat semakin kritikal kepada syarikat pengeluar telefon pintar China ini.

sumber : @evleaks

Ketua pegawai eksekutif Huawei juga telah memberikan bayangan bahawa siri telefon pintar HUAWEI Mate 40 mungkin menjadi telefon pintar flagship terakhir HUAWEI Untuk mengunakan cip pemprosesan Kirin.

Ini bermaksud HUAWEI dijangka terpaksa mengunakan cipset keluaran syarikat lain yang tidak berkait dengan Amerika Syarikat seperti MediaTek atau Samsung dengan nilai kontrak dikatakan sekitar $8 bilion

Disebabkan jumlah kontrak yang amat besar ini, Qualcomm juga dilihat tidak mahu terlepas dan dikatakan akan melobi kepada kerajaan Amerika Syarikat supaya membenarkan Qualcomm untuk membekalkan cip pemprosesan kepada Huawei.

Didalam satu pembentangan, Qualcomm telah mendakwa bahawa HUAWEI akan mula mengunakan cip pemprosesan luar pada telefon pintar flagship mereka dan akan menjalin kerjasama dengan syarikat bukan AS yang kami sebutkan diatas dengan khabar angin mengatakan MediaTek adalah syarikat yang kini dilihat sebagai berpotensi menjalin kerjasama dengan Huawei.

Walaupun tidak pernah menggunakan cipset Qualcomm pada telefon pintar siri flagship, Qualcomm sentiasa membekalkan cipset bagi telefon pintar kelas entry level dan midrange HUAWEI.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.