Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme C11 – telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam

realme C11 MalaysiaPengenalan

Walaupun baru beberapa bulan selepas pelancaran realme C3, realme telah memberikan kejutan apabila telah mengesahkan satu lagi telefon pintar didalam kelas entry-level realme ini.

realme C11 telah dilancarkan pada 30 Jun yang lau dan pasaran Malaysia telah menjadi antara pasaran global pertama untuk menerima model ini.

Apa yang menarik pada realme C11 ini adalah ianya tampil dengan reka bentuk yang baru iaitu panel belakang dan juga modul kamera yang memberikan kelainan apabila dibandingkan dengan telefon pintar realme lain yang berada dipasaran.

realme C11 akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 7 Julai pada harga 429 dan berikut adalah ulasan telefon pintar terbaru realme ini.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 1

Reka Bentuk

Telefon pintar realme secara tradisi nya hadir dengan reka bentuk yang menawan tidak kira tahap harga penjualan model tersebut.

Walaubagaimanapun realme C11 diberikan satu lagi keistimewaan dimana telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk panel belakang yang dikenali sebagai Geometric Art Design yang pertama kali digunakan pada telefon pintar realme.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 2

Panel belakang realme C11 ini hadir dengan kemasan corak geometri yang hampir sama seperti pada realme 6i namun tiada sebarang refleksi ‘sunrise design’ pada panel ini.

Kemasan ini juga dipadankan dengan jalur sepanjang sisi kiri panel belakang yang melalui logo realme dan modul kamera.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 3

Menyentuh sedikit mengenai proses pembuatan panel belakang realme C11 ini, ianya menggunakan mesin ukiran radium 5-paksi terbaik di industri dan tekstur geometri unik panel belakang realme C11 ini terhasil selepas hampir 300 minit penggilapan.

panel belakang realme C11 mempunyai 450+ lengkungan yang diukir untuk penghasilan refleksi cahaya yang unik kepada telefon pintar ini.

Sisi panel belakang ini juga sedikit melengkung yang memberikan cengkaman ketika memegang telefon pintar ini dan panel belakang juga anti capjari.

Panel belakang realme C11 ini juga menempatkan modul kamera dwi-kamera didalam bentuk segiempat yang lebih premium dan menyer

Kemasan rangka juga sama seperti warna realme C11 yang anda pilih yang mana ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green (hijau) atau Pepper Grey (kelabu) seperti unit ulasan kami.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 4

Pada bahagian bawah, realme C11 disertakan dengan bicu audio 3.5mm, slot microUSB dan gril pembesar suara sementara pada bahagian sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang pelaras bunyi manakala slot SIM dibahagian kiri.

realme C11 mempunyai ukuran dimensi 164.4 x 75.9 x 9.1 mm dengan berat 196 gram.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 5

Skrin Paparan

Jika panel belakang realme C11 ini merupakan reka bentuk terbaru yang menyegarkan minda, lain pula ceritanya pada bahagian hadapan atau bahagian hadapan atau skrin.

realme C11 masih menampilkan reka bentuk skrin paparan mini-drop yang sangat sinonim dengan jenama realme.

realme C11 menampilkan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang sama seperti realme C3 iaitu pada resolusi HD+ (1600×720) dengan nisbah skrin 88.7%.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 6

Skrin paparan IPS LCD yang digunakan pada realme C11 ini mempunyai kepadatan piksel 270ppi namun tahap kecerahan skrin pada realme C11 kelihatan lebih rendah dari realme 6i.

Secara keseluruhanya skrin paparan HD+ yang disertakan pada realme C11 pengalaman visual yang baik tanpa sebarang isu yang keterlaluan.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 7

Pemproses

Sejak kebelakangan ini, realme dilihat sentiasa menawarkan pemproses yang memfokuskan kepada gaming iaitu keluaran MediaTek dan realme C11 dilengkapi pemproses MediaTek Helio G35.

realme C11 didakwa sebagai telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses Helio G35 ini dan ianya mempunyai kelajuan pemprosesan sehingga 2.3GHz.

Ianya merupakan pemproses octa-core 12nm yang realme C11 ini memberikan pengguna kuasa pemproses kelas-entry level terbaik dengan mata AnTuTu yang diperoleh adalah 109,054 berbanding pemproses kelas entry-level yang lain yang hanya memperoleh 91,300 mata pada ujian AnTuTu.

Walaubagaimanapun sedikit mengecewakan adalah, realme C11 ini hanya disertakan dengan 2GB RAM jenis LPDDRX4 manakala storan dalaman adalah 32GB.

realme C11 juga ditawarkan didalam varian 3/32GB namun varian ini belum memasuki pasaran Malaysia namun ada kemungkinan varian ini memasuki pasaran tempatan kelak.

Pemproses G35 yang disertakan pada realme C11 ini dilihat mampu memberikan pengguna pretasi yang memuaskan namun ianya dilihat tidak mampu melakukan pemprosesan bagi gaming yang mempunyai keperluan tinggi.

GPU yang disertakan pada realme C11 adalah PowerVR GE8320 (680 MHz) yang mempunyai pretasi yang biasa sahaja namun dilihat memadai untuk kegunaan harian.

realme C11 juga disertakan dengan antaramuka reame UI 1.0 yang berasakan Android 10.

Penawaran UI bersama sistem operasi Android yang terkini adalah sesuatu yang harus dipuji kerana terdapat segelintir syarikat yang menawarkan telefon pintar kelas entry-level dengan versi UI dan OS Android yang lama.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 8
Kamera

realme C11 menampilkan tetapan dwi-kamera AI iaitu satu sensor utama 13MP yang digandingkan bersama sensor 2MP yang bertanggungjawab untuk memberikan ‘depth’ kepada gambar potret.

Walaupun hadir sebagai telefon pintar kelas entry-level, realme C11 hadir lengkap dengan pelbagai fungsi yang biasanya hanya ditawarkan pada telefon pintar yang lebih premium.

Antara ciri yang dimiliki oleh realme C11 adalah fungsi Chroma Boost yang memberikan gambar anda warna yang lebih vibran selain mod malam Nightscape yang memberikan anda mengambil gambar pada waktu malam seperti telefon pintar realme yang lebih mahal.

Kamera selfie realme C11 adalah unit 5MP yang menampilkan anda fotografi selfie minima namun lengkap dengan AI Beauty dan Potrait.

Secara keseluruhanya, bahagian kamera mungkin merupakan satu kekurangan bagi telefon pintar kerana ianya hadir dengan dwi-kamera sahaja dan tiada ketiadaan sensor ultrawide pasti akan terasa.

Hasil gambar yang diambil menggunakan realme C11 :

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 22

Bateri

realme C11 disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang kini merupakan kapasiti biasa bagi telefon pintar kelas entry level mahupun yang lebih mahal.

Walaupun hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, reka bentuk realme C11 masih dan tidak terlalu berat.

realme C11 tidak menampilkan sebarang pengecasan pantas dan pengecasan juga masih dilakukan melalui slot microUSB.

realme C11 didakwa mampu menawarkan hampir 12.1 jam waktu gaming, 21.6 jam waktu tontonan video dan sehingga 40 hari didalam mod standby.

Kami telah mencuba ketahanan bateri realme C11 dan keputusan yang dapat juga tidak begitu berbeza dengan statistik yang didakwa oleh realme ini.

Dengan kapasiti bateri ini, realme juga bermurah hati untuk menawarkan fungsi pengecasan berbalik yang bermaksud telefon pintar ini boleh berfungsi sebagai powerbank.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 6
Penutup

realme C11 adalah bukti bahawa telefon pintar tidak lagi hadir dengan identiti telefon pintar ‘murah’ dengan reka bentuk lebih premium.

Walaubagaimanapun dengan kapasiti RAM 2GB yang digunakan, pasti ramai yang was-was akan kebolehan telefon pintar ini untuk pengunaan harian.

ULASAN : realme C11 - telefon pintar entry-level dengan kebolehan fotografi malam 24

realme C11 akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Julai ini secara eksklusif di Shopee pada harga RM 429 dan setiap pembelian realme C11 ini juga akan menerima realme Buds 2 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.