Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia 18 Ogos ini

OnePlus Nord Malaysia
OnePlus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran OnePlus Nord akan berlangsung pada 18 Ogos yang pastinya memberikan kelegaan kepada peminat telefon pintar ini di Malaysia.

Selepas dilancarkan pada 21 Julai yang lalu, status harga dan tarikh penjualan OnePlus Nord di Malaysia sering menjadi tanda tanya dikalangan peminat OnePlus dan pelancaran ini dijangka akan menjawab semua teka teki mereka.

Majlis pelancaran OnePlus Nord Malaysia ini boleh ditonton secara langsung di Facebook rasmi OnePlus Malaysia iaitu tepat pada jam 11 pagi.

Menyentuh mengenai spesifikasi telefon pintar terbaru OnePlus ini , ianya hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED berukuran 6.4-inci yang mempunyai kadar segar semula 90Hz pada resolusi FHD+.

Selain itu, OnePlus Nord juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 765G yang membawakan sokongan 5G, 8/ 12GB RAM manakala storan adalah antara 128GB atau 256GB.

Beralih kepada spesfikasi kamera pula, OnePlus Nord dilengkapi dengan sistem Quad-Kamera yang mana sensor utamanya adalah 48MP Sony IMX586 yang juga memiliki OIS, sensor ultrawide 119° , sensor depth 5MP dan sensor makro 2MP.

OnePlus Nord juga memiliki tebukan punch-hole yang menempatkan dua sensor selfie iaitu satu sensor utama 32MP Sony IMX616 dan satu sensor ultrawide 8MP 105°.

Kapasiti bateri OnePlus Nord adalah 4,115mAh dan ianya juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Warp Charge 30T

Selain itu, OnePlus Nord juga memiliki OxygenOS yang berasaskan Android 10 (2 tahun jaminan kemaskini OS) , butang slider notifikasi pada sisi, NFC, GPS L1 + L5.

OnePlus Nord akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Blue Marble dan Gray Onyx.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.