Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kredit digital ePenjana RM 50 boleh ditebus mulai esok di Touch ‘n Go eWallet


Sebagai e-dompet pilihan rakyat Malaysia, Touch ‘n Go eWallet yang mempunyai
lebih daripada 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga, telah terpilih bagi program ePENJANA,  yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan meningkatkan kadar perbelanjaan dan menggalakkan perlaksanaan digital di negara ini.

Program yang berlangsung dari 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 ini membolehkan warganegara berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 menebus insentif RM50 ePENJANA yang berbentuk kredit e-dompet.

Penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi di lebih daripada 220,000 pusat perniagaan rakan niaga Touch ‘n Go eWallet sepanjang tempoh program ini.

Sempena program ini, Touch ‘n Go eWallet bakal memberi lebih nilai menerusi ganjaran tambahan#LebihBanyakEkstra yang merangkumi pelbagai keperluan harian.

Ianya ditawarkan oleh rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil & sederhana dan perusahaan mikro dalam industri makanan dan minuman, sektor runcit, bahan makanan, fesyen, hiburan, teknologi maklumat dan sebagainya.

maklumat lanjut di :Touch ‘n Go eWallet

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.