Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan bagi Oppo Reno 4 Pro dan Reno 4 akan dibuka 3 Ogos ini


OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa pelancaran telefon pintar siri OPPO Reno4 di Malaysia akan berlangsung pada 3 Ogos ini.

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, Oppo telah meningkatkan bahang pelancaran telefon pintar ini dengan pengumuman maklumat pra-tempahan yang akan dibuka pada 3 hingga 7 Ogos 2020.

Setiap pra-tempahan siri Oppo Reno4 akan menerima hadiahpercuma bernilai sehingga RM398 dan terdapat juga baucar KLOOK bernilai RM100 (terhad kepada penebusan 2,000 pertama pada aplikasi ‘My OPPO App’).

Selain itu, Oppo juga menawarkan diskaun tambahan RM 100 bagi pembelian Oppo Reno4 Pro yang mana anda hanya perlu menonton siaran langsung majlis pelancaran dan mengimbas kod QR yang akan dipaparkan semasa pelancaran berlangsung.

Sebagai perayaan pelancaran Siri OPPO Reno4, OPPO menyediakan hadiah istimewa untuk peminat O: Bermula dari 3 hingga 7 Ogos, peminat O boleh membuat pra-pesanan Seri Reno4 dan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 398. Pra- Pesan OPPO Reno4 Pro dan terima OPPO Enco W31 (RM259) ditambah jaminan perlindungan skrin selama 1 tahun (RM139).

Pra-tempahan bagi Oppo Reno 4 akan membolehkan anda menikmati lanjutan waranti selama setahun yang bernilai RM 119 manakala pembelian Oppo Reno4 Pro pula akan membolehkan anda menerima satu unit Oppo Enco W31 dan 1 tahun waranti perlindungan skrin.

Pra-tempahan Siri Oppo Reno4 dijangka akan dibuka secara atas talian di Shopee, Lazada dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.