Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini EMUI 10.1 kini ditawarkan untuk telefon pintar Honor yang terpilih- membawakan fungsi MeeTime, Smart Multi-Window dan banyak lagi

Kemaskini EMUI 10.1 kini ditawarkan untuk telefon pintar Honor yang terpilih- membawakan fungsi MeeTime, Smart Multi-Window dan banyak lagi 3
Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa kemaskini EMUI 10.1 kini telah mula ditawarkan bagi model telefon pintar Honor yang terpilih mulai hari ini.

Antara model pertama Honor yang akan menerima kemaskini EMUI 10.1 ini adalah Honor View20, Honor 20 dan Honor 20 Pro manakala pada bulan September 2020, Honor 9X Pro pula akan menerima kemaskini EMUI 10.1 ini.

Perisian terbaru EMUI 10.1 ini adalah berasaskan Android 10 dan ini membolehkan pemilik telefon pintar Honor ini menggunakan beberapa ciri baru yang termasuk Huawei MeeTime, Smart Multi-Window dan Multi-tasking.

Selain itu, kemaskini ini juga akan membawakan fungsi Multi-Screen Collaboration (Mobile Office) selain Deterministic Latency Engine yang mengurangkan waktu respon sistem sebanyak 20.8% manakala kadar purata latensi pula 10.5% lebih rendah.

Sebelum melakukan kemaskini, pastikan anda melakukan back-up dan mempunyai tahap caj bateri yang mencukupi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.