Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C15 akan dilancarkan 28 Julai ini – apa yang kita tahu mengenai telefon pintar 6,000mAh pertama realme ini

realme C15 Malaysia
Sebelum ini kami ada melaporkan bahhawa realme akan memperkenalkan telefon pintar pertama mereka dengan bateri berkapasiti 6,000mAh dan teka-teki mengenai model telefon pintar ini kini telah terjawab.


Model realme yang akan memiliki bateri berkapasiti 6,000 mAh ini akan dilancarkan pada 28 Julai ini ke pasaran Indonesia dan ianya adalah realme C15.

Berdasarkan gambar teaser dan video promo, realme C15 akan hadir dengan reka bentuk panel belakang yang sama seperti realme C11 namun ianya memiliki tetapan quad-kamera.

Selain itu, realme C15 juga telah disahkan akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W namun masih belum dapat dipastikan samada ianya menggunakan slot USB-C atau microUSB.

Pada bahagian hadapan pula, realme C11 masih menyertakan reka bentuk skrin mini-drop berukuran 6.5-inci dan resolusi skrin ini dijangka sama seperti pada realme C11 iaitu HD+.

realme C15 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan kelabu dengan jenis pemproses yang dikatakan akan digunakan adalah Helio G35.

Pelancaran rasmi realme C15 di Indonesia adalah pada 28 Julai 2020 dan ianya dijangka akan turut memasuki pasaran Malaysia kelak.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.