Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Band 5 kini di Malaysia pada harga RM 169 di Shopee dan Lazada

Mi Band 5 kini di Malaysia
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam kecergasan popular syarikat ini iaitu Mi Band 5 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 169.

Mi Band 5 adalah generasi kelima jam kecergasan popular syarikat ini dan ianya kini sudah boleh dibeli secara atas talian di Lazada dah Shopee.

Mi Band 5 adalah jam kecergasan yang memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti Mi Band 4 dan ianya disertakan dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.1-inci dengan tahap kecerahan mencapai 450nits yang membolehkan pengunaan dibawah cahaya matahari tanpa sebarang isu.

Mi Band 5 kini di Malaysia pada harga RM 169 di Shopee dan Lazada 3

Selain itu, Mi Band 5 juga hadir dengan sokongan bagi 5 aktiviti kecergasan tambahan berbanding Mi Band 4 yang menjadikan jumlah keseluruhan pada Mi Band 5 adalah 11 dan tidak lupa juga sokongan kalis air 50ATM iaitu sehingga kedalaman 50 meter.

Mi Band 5 juga memiliki sensor PPG terbaru yang menawarkan bacaan degupan jantung 50% lebih tepat dan ini juga membolehkan bacaan berkala 24-jam.

Mi Band 5 juga menawarkan pengecasan magnetik pada bahagian belakang yang menyingkirkan keperluan untuk membuka modul jam dari tali seperti pada model sebelum ini.

Mi Band 5 akan hadir didalam beberapa pilihan warna iaitu Black, Orange, Navy Blue,

Yellow, Teal dan Mint Green namun hanya warna hitam ditawarkan ke pasaran tempatan buat masa ini.

Selain pembelian secara atas talian, Mi Band 5 akan mula ditawarkan melalui saluran penjualan yang lain didalam masa terdekat.

Beli Mi Band 5 di Lazada atau Shopee,

Dapatkan di Shopee kerana ianya menawarkan baucar RM 10 (baucar terhad) yang membolehkan anda mendapatkan Mi Band 5 ini pada harga RM 159 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.