Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3 Pro Knight Grey dan Carry Case akan ditawarkan di Malaysia mulai 23 Julai ini


Black Shark Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Black Shark 3 Pro warna Knight Grey akan mula ditawarkan dipasaran tempatan pada 23 Julai ini pada harga penjualan RM 4,199.

Black Shark 3 Pro Knight Grey ini hadir dengan Spesifikasi yang sama seperti Black Shark 3 Pro dan ianya disertakan dengan 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Walaupun mempunyai harga penjualan RM 4,199, semua promosi jualan pertama, Black Shark 3 Pro Knight Grey ini akan ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM 3,899 sahaja dan setiap pembelian juga akan menerima 1 Gamepad 2.0, 1 Gamepad Holder 3.0 dan 1 tahun waranti skrin.

Selain itu, Black Shark juga telah mengumumkan penawaran bag khas gaming Black Shark yang akan ditawarkan pada harga RM 129.90 namun anda juga boleh mendapatkanya pada harga RM 89.90 dengan pembelian mana-mana aksesori Black Shark (kecuali Black Shark Gaming Keyboard).

Pembelian Black Shark 3 Pro Knight Grey dan Black Shark Carry Case boleh didapati di stor rasmi Black Shark di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.