Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 5 tiba di Malaysia 24 Julai ini pada harga yang amat berpatutan

Xiaomi Mi Band 5
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam kecergasan popular syarikat ini iaitu Mi Band 5 akan memasuki pasaran tempatan pada 24 Julai ini.

Pengumuman ini adalah susulan dari pelancaran global 5 produk eksositem Xiaomi minggu lalu dan Mi Band 5 merupakan produk pertama untuk memasuki pasaran negara kita.

Mi Band 5 adalah jam kecergasan yang memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti Mi Band 4 dan ianya disertakan dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.1-inci dengan tahap kecerahan mencapai 450nits yang membolehkan pengunaan dibawah cahaya matahari tanpa sebarang isu.

Selain itu, Mi Band 5 juga hadir dengan sokongan bagi 5 aktiviti kecergasan tambahan berbanding Mi Band 4 yang menjadikan jumlah keseluruhan pada Mi Band 5 adalah 11 dan tidak lupa juga sokongan kalis air 50ATM iaitu sehingga kedalaman 50 meter.

Mi Band 5 juga memiliki sensor PPG terbaru yang menawarkan bacaan degupan jantung 50% lebih tepat dan ini juga membolehkan bacaan berkala 24-jam.

Mi Band 5 juga menawarkan pengecasan magnetik pada bahagian belakang yang menyingkirkan keperluan untuk membuka modul jam dari tali seperti pada model sebelum ini.

Mi Band 5 akan hadir didalam beberapa pilihan warna iaitu Black, Orange, Navy Blue,Yellow, Teal dan Mint Green namun masih belum dipastikan warna apa yang akan ditawarkan di Malaysia.

Harga penjualan Mi Band 5 di Malaysia juga belum diumumkan dan ianya akan dibuat didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.