Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Academy kini tersedia di aplikasi HUAWEI Video – kandungan video pembelajaran interaktif percuma

HUAWEI Academy kini tersedia di aplikasi HUAWEI Video - kandungan video pembelajaran interaktif percuma 1
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Academy yang merupakan kandungan eksklusif di HUAWEI Video – aplikasi mudah alih streaming video dalam talian yang tersedia pada semua model telefon pintar dan tablet HUAWEI.

semua pengguna HUAWEI kini boleh mengakses lebih dari 300 video yang baru dihasilkan dan ia merupakan video yang menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, bertujuan untuk membantu penonton mengembangkan, mempertajam dan menguasai kemampuan mereka dalam pelbagai bidang, dari akademik, lakonan dan sukan.

Kandungan ini disediakan untuk semua pengguna HUAWEI di Malaysia.

Dalam memilih kandungan yang akan diketengahkan, HUAWEI mengambil kira kesesuaian kandungan dalam konteks Malaysia, dan menyenaraikanya didalam tiga bidang teratas yang diminati oleh rakyat Malaysia, termasuk bagi pelajar UPSR dan SPM, dua peperiksaan paling penting di Malaysia, kursus lakonan untuk mereka yang bercita-cita untuk mengasah bakat lakonan mereka dan kursus sukan untuk mereka yang gemar bersenam dan melakukan aktiviti luar.

Pengguna HUAWEI juga dapat menikmati video ini di mana sahaja yang memberikan mereka akses untuk mengisi masa lapanng dengan lebih banyak pengetahuan di hujung jari mereka.

Dapatkan Tiga Bulan Akses Premium HUAWEI video

Pengguna HUAWEI yang baru akan menikmati tiga bulan akses premium percuma ke saluran yang ditentukan di Video HUAWEI dengan pembelian produk berikut:

– Siri HUAWEI P40

– Siri HUAWEI Nova 7

– Siri HUAWEI MatePad

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.