Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 14 kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499

Honor MagicBook 14 kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499 5
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Honor Malaysia kini telah membuka pra-tempahan bagi komputer riba Honor MagicBook 14 dan ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 2,499.

Pra-tempahan bagi Honor MagicBook 14 ini telah dibuka mulai hari ini sehingga 13 Julai 2020 namun stok adalah terhad.

Bagi setiap pembelian Honor MagicBook 14 ketika tempoh pra-tempahan ini, anda akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 966 iaitu Honor Watch Magic, Tetikus Bluetooth, Honor PVC Pouch dan beg galas Honor.

Honor MagicBook 14 kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499 6

Berikut adalah ciri-ciri utama Honor MagicBook 14 :

  •  Skrin 14” 1920 x 1080
  •  Windows 10 Home Edition
  • AMD Ryzen 5 3500U Mobile Processor
  • Radeon Vega 8 Graphics
  • 8GB DDR4 Dual-channel RAM
  • Storan PCIe NVME SSD 256GB
  • Bateri 56Wh
  • Pengecasan Pantas 65W Type-C
  • Bluetooth 5.0, juga menyokong Bluetooth 4.2, Bluetooth 2.1+EDR
  • Butang Kuasa + Fingerprint
  • Pop-up Webcam
  • Magic-link 2.01

Pra-tempahan Honor MagicBook 14 kini boleh dilakukan di Honor Experiences Store (7-16 Julai) atau secara atas talian di Hihonor

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.