Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord – siri telefon pintar premium pada harga kompetitif yang akan turut ditawarkan di Malaysia

OnePlus Nord - siri telefon pintar premium pada harga kompetitif yang akan turut ditawarkan di Malaysia 5
Jenama telefon pintar premium yang terkenal sebagai pengeluar telefon pintar flagship killer yang pertama iaitu OnePlus kini telah mengumumkan satu siri telefon pintar yang akan dikenali sebagai OnePlus Nord.

Apa yang menarik pada OnePlus Nord ini adalah, ianya akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi sejurus selepas pelancaran rasmi global dan selepas hampir 6 tahun dipasaran, OnePlus Nord akan menawarkan pengalaman premium OnePlus kepada pengguna di Malaysia.

OnePlus Nord - siri telefon pintar premium pada harga kompetitif yang akan turut ditawarkan di Malaysia 6
OnePlus Nord dikatakan sebagai strategi perniagaan global terbaru OnePlus dengan matlamat untuk menawarkan produk baru pada harga yang lebih berpatutan sama seperti ketika OnePlus mula ditubuhkan.

Siri produk OnePlus Nord juga telah memgambil kira semua maklum balas komuniti pengguna OnePlus yang semakin meningkat dan telah menunjukkan keinginan yang kuat untuk telefon pintar yang lebih berpatutan serta menggabungkan standard produk dan pengalaman kelas flaghsip OnePlus.

OnePlus Nord - siri telefon pintar premium pada harga kompetitif yang akan turut ditawarkan di Malaysia 7
Kotak Pembungkusan OnePlus Nord


OnePlus Nord dijangka akan hadir dengan sokongan 5G, teknologi kamera kelas flaghsip dan pemproses Snapdragon 765G.

Berdasarkan maklumat di luar sana, OnePlus Nord akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Julai ini.

maklumat lanjut mengenai OnePlus Nord boleh diketahui di Akaun Instagram OnePlus Nord Malaysia atau di laman rasmi OnePlus

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.