Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y6p ditawarkan pada harga RM 449 sahaja – hanya pada 7 Julai



Huawei Y6p telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei yang lalu dan ianya hadir harga penjualan amat berpatutan iaitu hanya RM 559.

Lebih menarik, sempena kempen Mid Year Sale 7.7 yang berlangsung hari ini, Huawei telah mengumumkan telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga RM 499 sahaja dan ianya hanya untuk tempoh sehari sahaja.

Huawei Y6p hadir dengan skrin paparan dew-drop berukuran 6.3-inci dengan nisbah skrin 88.4%, pemproses Mediatek MT6762R, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Huawei Y6p juga hadir dengan tetapan tri-kamera   13MP + 5MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Huawei Y6p akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Phantom Purple dan Emerald Green.

Dapatkan Huawei Y6p di Huawei Online Store 

Setiap pembelian Huawei Y6p juga akan menerima dua bulan langganan premium Viu, 3 bulan Huawei Video dan 15GB storan Huawei Cloud.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.