Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Semua pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akan mula beroperasi 1 Julai – berikut adalah SOP dan semua yang anda perlu tahu sebelum menonton wayang

 


Pada 1 Julai 2020, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Aurum Theatre akan memulakan semua operasi mereka yang pasti memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia.

Selepas ditutup sejak 18 Mac 2020, semua pawagam di Semenanjung Malaysia akan dibenarkan beroperasi semula mulai esok namun dengan pelbagai SOP yang patut anda iikuti.

Beli Tiket & Combo Makanan Secara Online

Pihak Golden Screen Cinemas (GSC) menyarankan anda membuat pembelian tiket atau combo makanan secara atas talian melalui aplikasi GSC yang tersedia untuk peranti Android atau iOS selain di laman rasmi http://www.gsc.com.my/.

Isi Borang Deklarasi Digital Untuk Pengesanan Kontak – sebelum memasuki hall, anda mesti mengisi borang dengan mengimbas kod QR yang tersedia di pintu masuk atau secara manual menggunakan buku log yang tersedia.

Membuat bacaan suhu – suhu anda mesti dibawah 37.5°C dan larangan memasuki pawagam bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Pastikan anda menggunakan kemudahan pengimbas kod QR untuk dibenarkan masuk dan mengambil tempahan makanan dan minuman ringan.

Golden Screen Cinemas (GSC) juga memberikan jaminan bahawa pawagam akan dibersih dan disanitasi selepas setiap show, mengutamakan penjarakkan sosial, kesihatan dan suhu pekerja direkodkan sebelum mula berkerja, akses kepada hand sanitizer di semua lokasi utama pawagam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.