Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Vivo X50 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Siri Vivo X50 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 3
vivo Malaysia secara rasmi telah mengumumkan akan melancarkan siri terbaru dalam siri X iaitu siri vivo X50 di Malaysia tidak lama lagi.

Siri Vivo X50 adalah antara telefon pintar yang mencuri tumpuan dunia khusunya kerana teknologi kamera gimbal yang membawa pengstabilan imej optik pada sensor kamera ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dengan inovasi terbaru ini, vivo boleh dikatakan sebagai antara syarikat yang sentiasa menjadi yang pertama untuk menawarkan teknologi baru didalam pasaran telefon pintar.

Kembali pada tahun 2018, vivo telah memperkenalkan vivo X21 yang telah merupakan sebagai peranti pertama yang hadir dengan sensor cap jari dalam paparan di Malaysia.

Dengan vivo sentiasa mencipta kemungkinan baru untuk pengguna telefon pintar dan sentiasa mendorong batas teknologi, vivo kini menyatukan ciri teknologi dan reka bentuk estetik yang paling maju dalam siri vivo X50 yang akan datang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.