Kad Kredit Shopee Maybank kini ditawarkan secara rasmi – berkali ganda Shopee Coin bagi pembelian Online dan Offline
Shopee dengan kerjasama institusi perbankan Maybank dan Visa secara rasminya telah melancarkan kad kredit Maybank Shopee yang membolehkan anda menikmati pelbagai tawaran menarik ketika membuat pembelian secara online di Shopee atau juga secara offline.
Kad kredit Shopee Maybank membolehkan anda menerima Shopee Coin yang lebih banyak bermula dari anda membuat permohonan.
Permohonan kad kredit Shopee Maybank yang berjaya akan menerima 5,000 Shopee Coin, 5x ganda Shopee Coin ketika pembelian di Shopee, 4x Shopee Coin ketika pembelian tanpa tunai untuk makanan & hiburan, 1x Shopee dan pengecualian yuran tahunan untuk seumur hidup.
Selain itu, pemegang kad kredit Shopee Maybank ini juga akan menikmati 5x Shopee Coin pada 28 haribulan setiap bulan dan pada penjualan istimewa seperti CNY, Raya, 9.9,11.11 dan 12.12.
Kad kredit Shopee Maybank ini akan mula dibuka untuk permohonan pada 1 Julai ini di www.maybank2u.com dan pemohon terawal yang berjaya juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM 500 ( bagi permohonan dari 1 Julai hingga 7 Julai sahaja).
Selain itu, Shopee juga telah mengumumkan kempen Shopee 7.7 Mid Year Sale yang kini sedang berlangsung sehingga 7 Julai 2020.
Maklumat lanjut mengenai Shopee 7.7 Mid Year Sale boleh diketahui di Shopee.