Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 kini rasmi dengan skrin 120Hz, Snapdragon 855+ pada harga serendah RM 1,400


Selepas melancarkan realme X3 SuperZoom bulan lalu, realme kini melancarkan telefon pintar realme X3 yang kehilangan sensor periskop.

ULASAN : realme X3 SuperZoom – peranti flagship premium dengan 60x zoom

Selain itu, realme X3 juga dibezakan dengan sensor kamera selfie 16MP + 8MP berbanding sensor 32MP + 8MP yang digunakan pada X3 SuperZoom (punch-hole selfie).

Selain daripada perbezaan pada bahagian kamera, spesifikasi realme X3 dan realme X3 SuperZoom adalah sama yang bermaksud anda akan menerima skrin paparan IPS LCD berukuran 6.6-inci iaitu pada resolusi FHD+ namun dengan kadar segar semula yang tinggi iaitu 120Hz.

Pada bahagian belakang, realme X3 menempatkan kamera utama 64MP yang sama seperti pada X3 SuperZoom, sensor ultrawide 8MP, 12MP sensor telefoto 51mm dan sensor makro 2MP namun mod Starry yang diperkenalkan pada X3 SuperZoom juga disertakan.

realme X3 juga memiliki pemproses Snapdragon 855+, 6 atau 8GB RAM, 128GB storan dalaman jenis UFS 3.0 dan sensor capjari dibahagian sisi.

realme X3 hadir dengan realme UI yang berasaskan Android 10, bateri berkapasiti 4,200mAh dan sokongan pengecasan pantas 30W.

realme X3 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Artic White dengn harga penjualan INR 24,999 (RM 1,413) bagi versi 6/128GB dan INR 25,999 (RM 1,469) bagi versi 8/128GB.

realme X3 mungkin memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan sekitar RM 1,299-RM 1,499.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.