Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet 5G Pertama di Dunia Akan Tiba Di Malaysia Pada 26 Jun – Berikut Adalah 8 Sebab Kenapa Ianya Adalah Tablet Terbaik


HUAWEI meningkatkan persaingan pasaran tablet dengan memperkenal tablet 5G pertama di dunia minggu ini.

HUAWEI MatePad Pro 5G hadir dengan teknologi yang disediakan untuk pengguna dengan masa depan yang menarik dengan rangkaian 5G, bersedia untuk menikmati prestasi unggul yang ditambah dengan teknologi terkemuka di dunia yang akan mengubah penggunaan tablet sepenuhnya.

Dengan teknologi 5G, pengguna boleh memuat turun satu fail filem Full HD dalam beberapa saat sahaja.

Berikut adalah lapan sebab mengapa tablet terbaru dari HUAWEI lebih baik dalam setiap aspek dan terus menjadi tablet yang tidak boleh terlepas untuk menggunakanya.

1. Rangkaian Perhubungan yang Lebih Baik

Ramai di antara kita memulakan hari kita dengan menghidupkan peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba untuk menghubungkan diri kita dengan dunia luar atau untuk mengetahui apa yang berlaku di tempat kerja, rakan, dan keluarga kita.

Mempunyai peranti yang dibina untuk sambungan yang lebih pantas dan lebih baik menjadi lebih penting pada masa kini

Dalam kes ini, HUAWEI MatePad Pro 5G yang dilengkapi dengan teknologi bertaraf dunia akan memberikan prestasi hebat dengan sambungan 5G.

Pada dasarnya, RAM dwi-saluran, cipset Kirin 990 5G dan 8GB LPDDR4X akan memberikan pengalaman penggunaan yang sangat lancar.

Tablet ini akan memberi kelebihan kepada pengguna untuk meningkatkan produktiviti mereka.

2. Produktiviti yang Lebih Baik

Sinonim dengan semua produk HUAWEI baru yang, HUAWEI Share akan mengubah cara anda berkongsi maklumat antara peranti.

Ini adalah ciri yang membolehkan Kolaborasi Multi-Skrin, ciri yang membolehkan anda melakukan skrin telefon pintar anda pada tablet.

Fungsi ‘cross platform’ yang maju ini membolehkan anda menyeret dan melepaskan fail, mengedit, menyalin teks pada satu peranti dan menampalnya pada yang lain hanya dengan satu sentuhan sederhana untuk tindakan tersebut.

Perkongsian periferal ini membolehkan anda menaip pada telefon pintar menggunakan papan kekunci dan skrin tablet atau memainkan muzik kegemaran anda yang disimpan di telefon pintar dengan pembesar suara tablet ketika anda perlu berhibur sebentar di tempat kerja anda atau bermain permainan menggunakan paparan tablet sambil mengawal dari telefon pintar anda.

3. Kemudahan Lebih Baik

Sebagai tablet 5G pertama di dunia, HUAWEI MatePad Pro 5G akan menyokong kelajuan rangkaian selular yang tiada tandingannya untuk memastikan anda sentiasa berhubung di mana sahaja di dunia, bila-bila masa.

Anda tidak lagi perlu bersusah payah dengan sambungan WiFi yang tidak stabil atau teruk semasa anda dalam perjalanan dalam perjalanan dengan kereta api berkelajuan tinggi atau sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

4. Pendidikan yang Lebih Baik

HUAWEI MeeTime menyokong panggilan video pada resolusi 1080p, yang membolehkan anda menikmati panggilan audio dan video definisi tinggi lintas platform pada bila-bila masa dimana sahaja.

Ciri Screen Sharing juga memberikan pengalaman yang tinggi untuk pembelajaran dalam talian.

Pengguna juga boleh berkongsi skrin aktif mereka semasa membuat panggilan video dan berinteraksi dengan lancar sambil melakukan penambahbaikan secara langsung walaupun membincangkan perkara itu di lokasi yang berasingan.

Tambahan pula, seperti kelas maya, ciri Screen Sharing ini menjadikan kelas dalam talian lebih berkesan apabila pelajar dapat mencatat nota secara langsung di skrin menjadikan pembelajaran menjadi pengalaman keseluruhan yang menyeronokkan.

5. Kreativiti yang lebih baik

HUAWEI M Pencil dilengkapi dengan 4.096 tahap kepekaan tekanan, sokongan kecondongan dan ianya diperbuat daripada bahan komposit yang membawa inspirasi yang lebih baik bagi anda untuk menterjemahkan kreativiti anda pada HUAWEI MatePad Pro 5G.

Ia direka untuk memberikan pengalaman menulis yang semula jadi dan intuitif menjadikan penulisan pada tablet sebagai satu pengalaman penulisan yang baik.

Dengan fungsi “tap to wake”, anda boleh memasuki mod memo secara langsung tanpa membuka peranti atau membuka aplikasi, sesuai untuk mencatitkan idea dan inspirasi anda dalam masa yang singkat.

7. Kemudahalihan yang Lebih Baik

Dengan bateri berkapasiti tinggi 7,250mAh dan ciri penjimatan kuasa yang ditawarkan melalui Kirin 990 5G SoC dan EMUI, HUAWEI MatePad Pro 5G memberikan anda jangka hayat bateri yang sangat baik.

Bateri yang disertakan ini mampu menawarkan pengunaan tablet sehingga 10 jam tontonan video HD 1080p berterusan, kira-kira 10 jam melayari internet dan sekitar 10.5 jam membaca e-mel dan menyunting dokumen.

HUAWEI MatePad juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W, pengecasan selama 30 minit akan membolehkan  anda menggunakan tablet selama tiga jam, menghilangkan kebimbangan anda akan kehabisan bateri didalam masa yang singkat.

7. Hiburan yang Lebih Baik

Selain ciri-ciri di atas, tablet ini juga berfungsi sebagai alat hiburan yang hebat.

HUAWEI MatePad Pro 5G yang disokong dengan teknologi 5G memberikan anda kepuasan segera dengan rangkaian yang pantas dan sambungan latensi rendah untuk memastikan aliran lancar.

Bayangkan memuat turun filem Full HD 2 jam hanya dalam masa 20 saat!

Bagi mereka yang bermain permainan mudah alih, RAM yang lebih besar akan mempercepatkan  peranti anda yang membolehkan anda bermain permainan yang sengit dengan prestasi sentiasa tip top.

Sekiranya 256GB tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anda, masukkan sahaja

kad NM untuk mendapatkan tambahan storan sehingga 256GB untuk memenuhi semua keperluan media anda.

8. Promosi dan Ganjaran Yang Lebih Baik

Untuk setiap pembelian HUAWEI MatePad Pro 5G, pelanggan akan menerima juga pakej hadiah percuma untuk melengkapkan tablet. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut:

Produk

Warna

Harga Jualan

Hadiah Percuma

Validity

HUAWEI MatePad Pro 5G

Forest Green

RM 3,299

HUAWEI Video : 3 bulan dimsum + 3 bulan Qello Concert + 3 bulan The Explorers

Dari 26 Jun – 30 November 2020

50GB HUAWEI Cloud (sah untuk 12 bulan)

Penebusan boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2020

Bagi pelanggan yang ingin membeli Smart Magnetic Keyboard, ianya ditawarkan pada hargaRM499 dan anda juga akan menerima HUAWEI M-Pencil yang bernilai RM299 secara percuma, sementara stok masih ada.

Anda boleh mendapatkan HUAWEI MatePad Pro 5G di stor atas talian HUAWEI mulai 26 Jum 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.