Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS vivo Neo Earphone bakal dilancarkan di Malaysia -harga penjualan berpatutan

Pada awal tahun ini, vivo telah melancarkan siri X50 dan pada pelancaran yang sama, syarikat itu turut telah memperkenalkan fon telinga vivo TWS Neo.

Siri Vivo X50 kini rasmi – satu lagi inovasi kamera yang diperintiskan oleh Vivo

Selepas penjualan di China, vivo kini memberikan pengesahan bahawa siri Vivo X50 dan TWS Neo Earphone akan mula memasuki pasaran global pada pertengahan kedua tahun ini dan ini juga bermaksud pasaran Malaysia juga akan menerima peranti terbaru vivo ini.

TWS Neo Earphone ini dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang amat berpatutan dan ianya memiliki slogan “Seamless Studio Sound”.

Didedikasi untuk semua penggemar audio, vivo Neo Earphone mempunyai unit pemacu 14.2mm yang sangat besar, transmisi HD seperti CD serta kesan bunyi 3D stereo yang menawarkan kualiti suara yang terang untuk pengalaman audio yang paling hebat.

Selain itu, fon telinga ini juga disertakan dengan mod latensi rendah 88ms dan sambungan tanpa wayar yang stabil.

Ini memastikan vivo Neo Earphone menawarkan prestasi yang lebih sentiasa stabil dan lancar untuk pengalaman permainan dan panggilan video.

Earbud TWS vivo Neo  juga membawakan pelbagai ciri hebat, seperti Slide Control, Find My TWS Neo dan sebagainya.

Pelancaran TWS Neo Earphone ke pasaran Malaysia ini dijangka akan berlangsung seawal bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.